KUCHING: Satu pergaduhan di Jalan Green di sini sewaktu sambutan Hari Kekasih pada 14 Feb lepas telah membawa kepada pengesanan satu daripada dua kluster baharu di Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kluster itu, yang dikenal pasti sebagai Kluster Jalan Green, juga telah menyebabkan seramai 130 anggota polis dikuarantin.
Beliau berkata indeks kes Kluster Jalan Green adalah kes ke-7,093 dan ke-7,094 yang dikesan melalui saringan orang kena tahan (OKT) tangkapan polis pada 14 Feb di daerah Kuching.
"Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kedua-dua kes indeks ini mendapati tambahan empat kes telah dikesan.
"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 148 individu telah disaring dan enam kes telah dikesan positif manakala 112 kes masih menunggu keputusan," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 Sarawak di sini semalam.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, berkata keenam-enam kes positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam mengumumkan pengesanan Kluster Kejatau di Daerah Sri Aman.
Menurut Uggah, Kluster Kejatau adalah kluster di tempat kerja yang melibatkan sebuah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau, Sri Aman.
"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 92 individu telah disaring dan tujuh kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, enam kes negatif dan 79 kes masih menunggu keputusan," katanya.
Semalam, sebanyak 199 jangkitan baharu dikesan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 7,624.
Terdapat dua kematian baharu akibat COVID-19 di Sibu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 69 di seluruh Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021

Uggah berkata keenam-enam kes positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. - Gambar fail
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS
PPS Stadium Muhibbah di Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 883 orang daripada 216 keluarga.

Tanah runtuh Miri: Bantuan pakar dibuat jika ada keperluan - Uggah
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bersedia membawa pakar dari Kuala Lumpur untuk membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Miri.

Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah
Antara penyelesaian yang sedang dipertimbangkan ialah membina jalan raya bertingkat, kaedah yang sangat sesuai untuk muka bumi ini.

Belajar daripada sejarah sebagai persediaan hadapi cabaran masa depan - Uggah
Rakyat Sarawak perlu mengambil pengajaran daripada sejarah silam sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran besar pada era moden ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.

Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.

Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok.

Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan
IBET yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.