KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kod QR di sempadan Malaysia-Singapura terbukti berjaya mencapai objektif mengurangkan masa menunggu, di samping mempercepatkan proses imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata sepanjang dua bulan pelaksanaan Proof of Concept bagi penggunaan kod QR tersebut, waktu menunggu bagi pemeriksaan 30 penumpang bas pada waktu puncak didapati telah dipendekkan kepada 15 minit berbanding 120 minit di BSI dan 90 minit di KSAB.
Dalam Jawapan Lisan Dewan Negara yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini kementerian itu berkata bagi pengguna motosikal pula, waktu menunggu dipendekkan kepada 30 minit bagi pemeriksaan 30 orang berbanding 40 minit di BSI dan 45 minit di KSAB.
"Walaupun aplikasi kod QR yang diguna pakai iaitu MyTrip dan MyRentas memudahkan pengembara dalam proses pelepasan imigresen, namun aspek keselamatan tidak dikompromi. Inisiatif ini telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan.
"Pelawat yang berada di dalam Senarai Syak tidak dibenarkan untuk mendaftar aplikasi ini," menurut kenyataan itu, yang dikeluarkan bagi bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang ingin tahu keberkesanan penggunaan kod QR berkenaan ketika tempoh percubaan.
Pelawat yang berada dalam senarai itu akan diberikan notis untuk membuat pemeriksaan di kaunter.
Pelaksanaan Kod QR di BSI dan KSAB buat masa ini adalah secara Proof of Concept selama tiga bulan bermula dari 1 Jun lepas hingga 31 Ogos ini bagi pengguna motosikal dan penumpang bas sebelum ia diperluaskan kepada pengguna kenderaan persendirian, rakyat Singapura dan warganegara lain.
Sementara itu menjawab soalan Datuk Mustafa Musa mengenai statistik kemasukan pelawat dari negara China dan India apabila dilaksanakan pelan liberalisasi visa (PLV), KDN berkata 1,046,231 pelancong China dan 508,857 pelancong India telah memanfaatkan kemudahan tersebut setakat 7 Julai lepas.
KDN berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kemasukan pelancong yang menggunakan kemudahan itu adalah 1,555,058 individu.
Melalui PLV, warganegara China dan India diberi kemudahan pengecualian visa bagi tempoh 30 hari hingga 31 Dis tahun ini.
Kemudahan itu bertujuan menjana hasil pendapatan negara dan dilaksanakan dengan penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada yang telah dinikmati pengembara ke Malaysia, termasuk dari Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Asia Barat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Waktu menunggu bagi pemeriksaan 30 penumpang bas pada waktu puncak didapati telah dipendekkan kepada 15 minit berbanding 120 minit di BSI dan 90 minit di KSAB. - Astro AWANI

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.

Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.

Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.

MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.

Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass
Sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR dilancarkan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 untuk mengurangkan kesesakan.

Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.