KUALA LUMPUR: Dua bintang hebat Malaysia dan Indonesia, Noryn Aziz dan Kris Dayanti bakal bergabung dalam sebuah konsert tidak lama lagi.
Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia menyaksikan diva tersohor Indonesia itu bekerjasama buat julung kalinya dengan bintang jazz dan R&B terkenal Malaysia.
“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula diva kesayangan ramai di Malaysia.
"Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan menggegarkan pentas dan pastinya ada kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti," kata Belvas Lee mewakili penganjur, ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).
Dalam konsert ini, kedua-duanya bakal mempersembahkan rangkaian lagu hit mereka selain beberapa lagu duet.
Konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia akan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober ini.
Tiket-tiket berharga dari RM288 hingga RM1,188 sudah boleh dibeli bermula hari ini di laman web www.ticket2u.com.my.
Astro Awani
Fri Oct 07 2022

Konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia akan berlangsung di MIECC pada 29 Oktober ini.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.