Kolaborasi dan kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan, rakyat dan pasukan keselamatan saling memerlukan bantuan masing-masing.
Tambahnya, konsep kepolisan masyarakat atau 'community policing' telah diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan polis, terutamanya aspek pencegahan jenayah.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mendokong konsep kepolisan masyarakat ke arah mewujud dan melahirkan kefahaman, kepercayaan serta tanggungjawab dua hala antara polis dan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah.
"Visi PDRM dalam aspek ini adalah untuk memberi kesedaran atas keperluan tanggungjawab bersama, antara rakyat dan polis ke arah mengurang serta menidakkan peluang untuk jenayah berlaku," katanya ketika berucap pada perbarisan sempena peringatan Hari Polis Ke-208 di dataran kawad Pulapol di sini, hari ini.
Khalid berkata pasukan keselamatan itu terus mengorak langkah walaupun menghadapi pelbagai kecaman daripada pihak tertentu yang tidak berpuas hati di samping cabaran semasa yang sentiasa berubah.
"Alhamdulillah, semua cabaran ditangani dengan baik, malah pelbagai transformasi turut dilakukan polis untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.
Mengenai indeks jenayah, Khalid berkata ia mencatatkan penurunan iaitu 128,544 kes pada 2014 berbanding 147,062 kes pada 2013, penurunan sebanyak 18,518 kes atau 12.6 peratus.
Jenayah kekerasan turut menunjukkan penurunan 3,950 kes atau 13.4 peratus, sementara jenayah harta benda pula mencatat penurunan kes 14,568 atau 12.4 peratus, katanya.
Sehubungan itu, Khalid menyeru rakyat negara ini supaya terus menyokong dan memberi kerjasama sebagai pemangkin kelestarian dalam usaha mewujudkan kawasan sifar jenayah, dengan menjadi 'mata dan telinga' kepada polis dalam menjaga keamanan negara.
Bernama
Wed Mar 25 2015
![Kolaborasi polis dan masyarakat dapat wujud negara aman - KPN Kolaborasi polis dan masyarakat dapat wujud negara aman - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61370218814_295x200.jpg)
KHALID: Kolaborasi dan kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera. -Gambar fail
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
![Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703885048_HajijiHajiNoor.jpg)
Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji
Katanya, tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan dan mengelakkan perpecahan bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
![Kesepakatan kunci kekukuhan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Kesepakatan kunci kekukuhan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698209429_TBSolidaritiPalesti.jpg)
Kesepakatan kunci kekukuhan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar
Kesepakatan ketika membuat sesuatu keputusan menjadi kunci utama yang mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak setahun lepas.
![PRN Melaka: Pas yakin kesepakatan antara parti dalam kerajaan dapat dicapai PRN Melaka: Pas yakin kesepakatan antara parti dalam kerajaan dapat dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636018783_TakiyuddinHassan.jpg)
PRN Melaka: Pas yakin kesepakatan antara parti dalam kerajaan dapat dicapai
Pas yakin kesepakatan antara parti-parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.
![Ketepi pertikaian politik, sepakat hadapi pandemik COVID-19 - Agong Ketepi pertikaian politik, sepakat hadapi pandemik COVID-19 - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629124394_YangdiPertuanAgon.jpg)
Ketepi pertikaian politik, sepakat hadapi pandemik COVID-19 - Agong
Al-Sultan Abdullah bertitah, semua pihak perlu sepakat dengan menolak perbezaan pendapat dan mengetepikan pertikaian politik.
![Kesepakatan, saling percaya punca kekuatan Muafakat Nasional di Melaka - Ab Rauf Kesepakatan, saling percaya punca kekuatan Muafakat Nasional di Melaka - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603171181_UmnoPas.jpg)
Kesepakatan, saling percaya punca kekuatan Muafakat Nasional di Melaka - Ab Rauf
Kedua-dua pihak turut merancang memperkasakan hubungan itu menerusi pelbagai program anjuran bersama yang melibatkan semua peringkat.
![Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616169946_PerdanaMenteriTan.jpg)
Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM
Kesemua menteri daripada parti UMNO bersepakat untuk terus kekal dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN).
![EPL: Arsenal ambil Runarsson ganti Martinez EPL: Arsenal ambil Runarsson ganti Martinez](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600748048_ParcdesPrinces.jpg)
EPL: Arsenal ambil Runarsson ganti Martinez
Skuad The Gunners itu kekurangan penjaga gol sokongan selepas Emiliano Martinez meninggalkan pasukan itu bagi menyertai Aston Villa minggu lalu.
![Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599441409_JeanYvesLeDrian.jpg)
Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit
Kesatuan Eropah (EU) dan Britain masih buntu dalam perbincangan mereka mengenai hubungan perdagangan di masa depan selepas tempoh keluar (Brexit) pada 31 Disember ini.
![Pembangunan Sabah dan rakyat terjejas jika tidak sehaluan - Hajiji Noor Pembangunan Sabah dan rakyat terjejas jika tidak sehaluan - Hajiji Noor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598876602_HajijiBersatu.jpg)
Pembangunan Sabah dan rakyat terjejas jika tidak sehaluan - Hajiji Noor
Pembangunan rakyat di Sabah tidak akan dapat dilaksanakan jika kerajaan negeri dan Persekutuan tidak sehaluan.
![Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596256059_Napoli.jpg)
Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal
Pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi selama setahun di Perancis tetapi sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya sehingga menarik minat kelab Serie A berkenaan.