Kolam ternakan ikan di sebuah lombong di Kuala Dipang, Kampar yang pengusahanya dipercayai menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan, kini diarah tutup.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau akan segera meminta pegawai perikanan menyiasat perkara itu dan jika dakwaan itu benar, tindakan menutup kawasan ternakan ikan itu akan dilakukan manakala pengusahanya akan dikenakan tindakan.
"Kita tidak tahu, mungkin mereka (pengusaha tidak bertanggungjawab) akan menjual produk (ikan) itu kepada orang Islam. Kita tak tahu (dari mana datangnya ikan itu), lepas itu kita makan. Naya la begini," katanya.
Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pasir Salak peringkat Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah di sini hari ini.
Perbuatan jijik pengusaha kolam penternakan ikan air tawar di kawasan seluas lima hektar di Kampar itu dikesan dalam operasi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dan Jabatan Perikanan Perak serta beberapa agensi lain pada 8 Mac.
Malah beberapa tulang dan kesan daging haiwan berkenaan turut ditemukan di kawasan kolam.
Kolam ternakan yang juga bekas lombong bijih timah itu didapati tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan dan dipercayai beroperasi secara haram sejak lebih lima tahun lalu, menternak pelbagai jenis ikan termasuk patin, rohu dan tilapia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Tajuddin (dua, kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Go Healthy selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan peringkat DUN Kampung Gajah di Desa Amanjaya Rimbunan Kasih Kampung Gajah, Pasir Salak, 14 Mac, 2017. --fotoBERNAMA
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
UEL: Manchester United lakar lima kemenangan berturut-turut
The Red Devils bangkit selepas 45 minit pertama dengan Dalot mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang daripada Mainoo pada minit ke-60.
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Kolam ikan bangkai babi diarah tutup
Beliau akan segera meminta pegawai perikanan menyiasat perkara itu dan jika dakwaan itu benar, tindakan menutup kawasan ternakan ikan itu akan dilakukan manakala pengusahanya akan dikenakan tindakan.
Seorang maut, dua parah gara-gara elak bangkai babi hutan
Babi hutan berkenaan dipercayai sudah dilanggar oleh beberapa buah kereta sebelum kejadian yang meragut nyawa itu.