LIPIS: Masalah bekalan air penduduk sekitar Kuala Medang, di sini bakal diselesaikan dengan pembinaan kolam takungan hiliran atau Off River Storage (ORS) bernilai RM12 juta yang telah dimulakan pada Disember lepas.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang dijangka siap pada November ini akan memanfaatkan kira-kira 3,000 penduduk melibatkan beberapa kawasan antaranya Kuala Medang, Sungai Koyan,Tanjung Gahai dan Agropolitan Gahai.
Beliau berkata menerusi projek berkenaan, masalah loji rawatan air Kuala Medang yang terpaksa dihenti tugas apabila kekeruhan air mencecah 3,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit-tingkat kekeruhan air) dapat di atasi.
"Projek ORS ini adalah satu daripada pendekatan dilaksanakan kerajaan negeri untuk memastikan perkhidmatan bekalan air bersih dapat disediakan dengan sehabis baik untuk penduduk Pahang.
"Kami sentiasa komited untuk membantu selesaikan masalah bekalan air yang mana bagi projek infrastruktur bekalan air baharu serta menaik taraf sistem sedia ada, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM151.28 juta tahun ini iaitu peningkatan sebanyak RM58.78 juta berbanding tahun lepas," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek ORS Kuala Medang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang Roslina Yusop.
Selain memenuhi keperluan bekalan air bagi logi rawatan Kuala Medang, pembinaan kolam takungan ini apabila siap kelak boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi setelah turut dilengkapi dengan trek joging.
Sementara itu, beliau memaklumkan penduduk Kuala Medang, di sini bakal mendapat masjid baharu apabila Kerajaan Persekutuan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah meluluskan peruntukan RM5 juta bagi pembinaan.
Wan Rosdy berkata sebanyak 23,617 murid Tahun Satu di seluruh Pahang bakal mendapat bantuan kewangan sebanyak RM100 seorang bagi sesi persekolahan tahun ini, yang mana sejumlah RM2.36 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
Katanya, inisiatif itu adalah kesinambungan daripada tahun sebelumnya iaitu untuk meningkatkan semangat dan motivasi murid bagi memulakan sesi persekolahan selain membantu meringankan beban ibu bapa mereka.
"Tiada sebarang borang diperlukan dan dapatan nama murid adalah secara automatik menerusi data daripada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah.
"Bantuan ini akan disalurkan dalam masa terdekat dan diberikan tanpa mengira latar belakang murid," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
![Kolam takungan hiliran Kuala Medang atasi masalah bekalan air - MB Kolam takungan hiliran Kuala Medang atasi masalah bekalan air - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646437490_LIPISMacMent.jpg)
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kanan) diberi penerangan mengenai plan lokasi projek oleh Pengarah Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Pahang Ir Roslina Yusop (depan dua, kiri). - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738986676_AliffRakib.jpg)
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
![PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738986112_tbSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986604_TBSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
![Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986835_tbnanostix.jpg)
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
![Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638418417_HIV.jpg)
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
![Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737685406_TBimigresen.jpg)
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
![Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kolam takungan hiliran Kuala Medang atasi masalah bekalan air - MB Kolam takungan hiliran Kuala Medang atasi masalah bekalan air - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646437490_LIPISMacMent.jpg)
Kolam takungan hiliran Kuala Medang atasi masalah bekalan air - MB
Projek yang dijangka siap pada November ini akan memanfaatkan kira-kira 3,000 penduduk melibatkan beberapa kawasan antaranya Kuala Medang, Sungai Koyan, Tanjung Gahai dan Agropolitan Gahai.
![Lima sasaran bangunkan sumber air terawat di Sabah Lima sasaran bangunkan sumber air terawat di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542097073_KPI.jpg)
Lima sasaran bangunkan sumber air terawat di Sabah
Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menetapkan lima sasaran sebagai KPI bagi membangunkan sumber air terawat ke arah memulihkan masalah bekalan air di seluruh negeri menjelang tahun 2020.