TANJUNG MALIM: Kolokium Pemimpin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) selepas program pengucapan awam itu itu berjaya berlangsung selama 36 jam tanpa henti.
Pengarah Program, Siti Fairuz Rohaliza Ejahar, 24, berkata program anjuran Kolej Aminuddin Baki UPSI dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Perak itu berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mei mengumpulkan seramai 250 pemidato.
"Program ini memfokuskan kepada aspek kepimpinan yang mana pemidato dalam kalangan mahasiswa universiti, pelajar sekolah rendah dan menengah, pemimpin tempatan, serta orang awam yang bersemangat untuk bersama beradu idea menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
"Penganjuran program ini bagi memberi peluang kepada para belia untuk menyuarakan idea dan pendapat mereka mengenai kepimpinan.
"Ia diharapkan dapat menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat kepimpinan belia di negeri ini khususnya," katanya kepada Bernama pada Majlis Penutupan Program Kolokium Pemimpin UPSI di Auditorium Utama UPSI, di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Terdahulu, pengikitirafan MBOR telah disampaikan oleh Konsultant Kanan Rekod MBOR, Siti Hajar Johor kepada Md Amin.
Sementara itu, Siti Fairuz Rohaliza, yang juga pelajar semester enam dari Fakulti Pembangunan Manusia, berkata idea penghasilan program tersebut tercetus apabila rakan-rakannya bertanyakan bagaimana untuk menglibatkan diri dalam program belia memandangkan beliau merupakan alumni Felo Perdana.
"Sekarang ini negara pun mencari pemimpin muda jadi saya mahu mengadakan satu platform dan pentas untuk orang ramai mengetengahkan idea masing-masing,"katanya.
Sementara itu, seorang pemidato dari Fakulti Sains dan Matematik, Mohamad Danial Ahmad Razmi, 23, berkata pengalaman pertamanya menyertai program ini menjadi pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat dilupakan.
Seorang lagi pemidato dari semester dua, Fakulti Sains dan Matematik, Magdeline Mega Frank Nugal, 21, berkata beliau akan menyertai lagi program sebegini jika ada peluang di masa hadapan.
"Yang membuatkan saya berminat untuk sertai porgram ini kerana ia merupakan pengucapan awam selama 36 jam tanpa henti. Program ini bukan pertandingan, jadi semua peserta bebas untuk menyatakan pandangan masing-masing berkaitan kepimpinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Md Amin (dua, kiri) menerima sijil MBOR daripada Siti Hajar (kanan) pada Majlis Penutupan Program UPSI Leaders Colloquium di Tanjung Malim, 1 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska
Sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang lewat petang Khamis berhampiran Nome, bandar utama paling barat di Alaska.
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.
MOT umum tiga syarikat baharu laksana PPKM
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pelantikan tiga syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor (PPKM).
Menterinya, Anthony Loke berkata, ini sekali gus menamatkan monopoli pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom).
Menterinya, Anthony Loke berkata, ini sekali gus menamatkan monopoli pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom).
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
PETROS sumbang RM2 Juta, bantu mangsa banjir di Sarawak
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang 2 juta ringgit bagi menyokong usaha berterusan membantu penduduk yang terjejas banjir yang melanda Sarawak.
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
Kolokium Pemimpin UPSI: Pengucapan awam 36 jam tanpa henti diiktiraf MBOR
Program anjuran Kolej Aminuddin Baki dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Perak itu berlangsung selama tiga hari mengumpulkan 250 pemidato.