RAMAI yang tidak menyedari yang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman pada 10-15 Mac 2024 yang lalu telah diperkatakan di seluruh dunia.
Tumpuan dunia diberikan kepada ucapan Anwar yang mempertahankan Palestin dan mengkritik hipokrasi Barat mengenai peperangan yang berlaku di Gaza terutamanya pembunuhan kaum beramai-ramai warga Palestin oleh tentera rejim Israel.
Ini satu keberanian yang jarang berlaku dan dilakukan oleh pemimpin utama negara yang seterusnya menjadi jurucakap kepada Dunia Islam dan masyarakat yang tertindas.
Meskipun tumpuan diberikan mengenai pembunuhan kaum di Gaza, matlamat lawatan Perdana Menteri adalah bagi mengeratkan persahabatan akrab di antara Malaysia dan Republik Persekutuan Jerman.
Antara program lawatan rasmi tersebut ialah pertemuan dua hala bersama Canselor Olaf Scholz dan kunjungan hormat ke atas Presiden Frank-Walter Steinmeier pada 11 Mac 2024, selain pertemuan dengan Naib Canselor Dr. Robert Habeck pada 13 Mac 2024.
Bagi rakyat Malaysia, tumpuan juga diberikan kepada mesyuarat meja bulat perniagaan dengan kapten-kapten industri dan sesi pertemuan bersemuka dengan syarikat-syarikat terkemuka tempatan dan Eropah pada 12 dan 15 Mac 2024. Pertemuan ini dihadiri oleh 38 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga Eksekutif kanan yang mewakili 23 syarikat terkemuka di Jerman.
Pertemuan ini penting bagi menjamin pelaburan asing daripada Jerman terus berkembang dan masuk ke Malaysia sebagai hab perdagangan global di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan data terkini, Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Jerman di Asia Tenggara.
Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman berjumlah RM63.5 billion, dengan peningkatan 1.8% nilai eksport kepada RM30.56 bilion daripada RM30.03 billion pada tahun 2022. Nilai pelaburan bagi 2023 adalah sebanyak 486 projek dengan penyertaan Jerman bernilai RM45.69 bilion (USD12.08 bilion) telah dilaksanakan, dengan mewujudkan sejumlah 49,591 peluang pekerjaan.
Terdapat 700 syarikat Jerman yang sedang beroperasi di Malaysia. Nilai dagangan di Selat Melaka yang berjumlah 3.5 trillion dolar Amerika Syarikat dan laluan lebih 80,000 kapal dagangan telah menarik minat Jerman untuk berada di Malaysia selain daripada kestabilan politik ekonomi yang wujud di Malaysia.
Berbalik kepada pertemuan dua hala Anwar dan Canselor Scholz dan kepimpinan Jerman, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama ekonomi, isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Namun berkenaan situasi di Gaza, meskipun pendirian adalah berbeza, kedua-dua belah pihak bersependapat mengenai: 1) pelaksanaan gencatan senjata secara kekal, 2) keperluan mendesak bagi bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin; dan 3) penyelesaian dua negara (two-state solution).
Perbincangan juga ada menyentuh tentang hubungan Jerman dan Malaysia dengan China. Pihak Barat melihat China sebagai pencabar kepada kekuatan ekonomi Barat. Melihat kepada isu kebergantungan terhadap China, Jerman cuba merongkaikan pergantungan tersebut dengan mengukuhkan hubungan luarnya dengan negara lain termasuk Malaysia.
Sebaliknya Malaysia mengakui pengaruh China yang semakin berkembang dan menekankan komitmen Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik Malaysia-China, sambil terus melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.
Apa yang menarik ialah Malaysia telah menerima jemputan daripada Canselor Scholz untuk menyertai Climate Club. Secara asasnya, Malaysia menerima baik jemputan ini kerana ianya selari dengan agenda Malaysia khususnya bersangkutan dengan teknologi hijau. Malaysia juga yakin ini dapat dimanfaatkan dengan pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti yang boleh dimanfaat oleh warga Malaysia.
Ini akan mengukuhkan profil Malaysia bagi usaha tindakan iklim dan komitmen dalam memenuhi tanggungjawab di bawah Perjanjian Paris. Tambahan lagi, ini akan mengulangi komitmen untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan (TVET), pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui serta sektor perusahaan kecil sederhana.
Berbalik kepada isu politik ekonomi antara kedua-dua negara, hubungan Malaysia dan Jerman adalah sangat akrab. Ini membolehkan perencanaan ekonomi dilakukan dengan baik. Misalnya Jerman berharap agar Malaysia segera memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) bagi mempergiatkan lagi kerjasama ekonomi.
Dalam masa yang sama, Malaysia meminta kerjasama Jerman yang juga negara utama yang mendominasi Kesatuan Eropah untuk merakamkan kebimbangan Malaysia mengenai impak daripada pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (European Union Deforestation-free Regulation - EUDR) yang menyasarkan komoditi minyak sawit.
Malaysia menghargai kesudian Kerajaan Jerman untuk menjadi negara pengantara dengan Kesatuan Eropah dalam menyampaikan kebimbangan Malaysia serta isu-isu berkaitan dengan MEUFTA serta EUDR. Selain itu, isu penyalahgunaan pendanaan litigasi pihak ketiga (Third Party Litigation Fund - TPLF) diperbincangkan dan Kuala Lumpur meminta agar pihak Jerman dapat menyokong usaha dan inisiatif sediada untuk mengawal selia industri pendanaan litigasi.
Hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya untuk membawa potensi pelaburan ke Malaysia. Misalnya, Malaysia telah meraih potensi pelaburan baru bernilai RM45.4 bilion daripada tujuh syarikat Eropah bagi jangka masa 5 hingga 10 tahun. Projek di bawah Syarikat X-Fab, Melexis dan Schott Glass yang telah diluluskan pada 2023 dengan jumlah pelaburan bernilai RM4.45 bilion juga dijangka menjana sebanyak 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Malah, Malaysia juga memperoleh tambahan RM1.4 bilion daripada Airbus hasil potensi jualan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Jerman dalam sektor aeroangkasa bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Ini adalah sumbangan perbelanjaan import terkumpul Airbus sebanyak RM1.86 bilion kepada ekonomi Malaysia, sepanjang 3 tahun lepas. Jelas tedapat banyak pelaburan berpotensi yang berasaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) termasuklah semikonduktor, aeroangkasa, kimia, peranti perubatan dan teknologi kaca yang menjadi sektor penting yang menyumbang kepada kemajuan industri dalam negara.
Berdasarkan data German Foreign Office, pihak Jerman juga memberi tumpuan kepada kerjasama pendidikan tinggi di Malaysia. Terdapat lebih 114 perjanjian kerjasama antara universiti Jerman dan Malaysia khususnya di dalam bidang sains dan teknologi.
Kerjasama ini telah menyebabkan banyak program ijazah berganda, ijazah dual dan ijazah bersama selain pertukaran pelajar dan staf akademik dilakukan. Malah beberapa institusi Jerman juga aktif mendokong institusi tempatan seperti Goethe Institute dan Konrad-Adenauer-Stiftung.
Secara keseluruhannya, lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Jerman telah mencapai objektifnya dari aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara dan meningkatkan kerjasama perdagangan dan peluang pelaburan untuk Malaysia.
* Artikel oleh Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia.
** Artikel merupakan sudut pandang penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Fri Mar 22 2024
![[KOLUMNIS] Hubungan baik Malaysia-Jerman bawa mesej kemakmuran politik-ekonomi [KOLUMNIS] Hubungan baik Malaysia-Jerman bawa mesej kemakmuran politik-ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710557876_tbAnwarIbrahim.jpg)
Meskipun tumpuan diberi mengenai situasi di Gaza, matlamat lawatan Perdana Menteri adalah bagi mengeratkan persahabatan akrab antara Malaysia dan Jerman. - Bernama
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah 2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738742334_KhazanahNasional.jpg)
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
![Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738736978_AnwarIbrahim.jpg)
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
![Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718461852_AmeerAliMydin.jpg)
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
![Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738706952_TBHokiMalaysiatew.jpg)
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
![Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4 Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738621826_TBHokiMalaysia.jpg)
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
![Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738619964_TBGaza.jpg)
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
![Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738564596_pusatdata.jpg)
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
![Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738491531_TBGaza.jpg)
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
![Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738479538_GobindSinghDeo.jpg)
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
![Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738359139_TBwismaputra.jpg)
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.