ANTARA perkara penting yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat ialah sasaran Malaysia untuk berada di kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Komitmen besar kerajaan ini disasarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Walaupun banyak pihak berpandangan bahawa CPI bukan pengukur sebenar situasi rasuah di sesebuah negara, namun indeks tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan imej negara di persada dunia.
CPI Korea Selatan meningkat
Korea Selatan adalah antara negara yang berjaya memperbaiki skor dan kedudukan dalam CPI. Dalam CPI 2016, Korea Selatan memperoleh skor sebanyak 53 mata dan berada di kedudukan ke-52 dari 176 negara. Selepas itu, enam tahun berturut-turut Korea Selatan merekodkan peningkatan dalam indeks dunia itu. Terkini, CPI 2022 menunjukkan skor Korea Selatan meningkat 10 mata iaitu kepada 63 mata dan berada di kedudukan ke-31 dari 180 negara.
Bukan hendak merendahkan negara sendiri. Hakikatnya, skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI dilihat tidak banyak berubah. Malah, merekodkan trend menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebagai perbandingan dengan Korea Selatan, dalam CPI 2016, skor Malaysia adalah 49 mata dan berada di kedudukan ke-55 dari 176 negara. Enam tahun berlalu, CPI 2022 menunjukkan skor Malaysia menurun kepada 47 mata, dan berada di kedudukan ke-61 dari 180 negara.
Ironinya, sebelum tahun 2006, CPI Malaysia adalah lebih baik berbanding Korea Selatan. Malaysia dan Korea Selatan pernah berkongsi skor dan kedudukan yang sama dalam CPI 2007, iaitu skor 5.1 (format lama CPI) dan kedudukan ke-43 daripada 179 negara.
Rasuah oleh pimpinan politik
Korea Selatan bukan negara yang terkenal dengan anggota pentadbiran dan ahli politik yang bersih daripada rasuah. Beberapa pimpinan tertinggi Korea Selatan pernah dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah itu.
Antaranya, bekas Perdana Menteri ke-33, Han Myeong-sook (19 April 2006 - 7 Mac 2007) dipenjara dua tahun kerana menerima sumbangan politik (rasuah) berjumlah 900 juta won (RM3 juta); bekas Presiden ke-11, Park Geun-hye (25 Februari 2013 - 10 Mac 2017) dipenjara 20 tahun kerana menerima rasuah 23.1 juta won (RM80,000) daripada beberapa syarikat besar; bekas Perdana Menteri ke-39, Lee Wan-Koo (17 Februari 2015 - 2 Julai 2015) didakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan politik tidak sah berjumlah 30 juta won (RM100,000). Bagaimanapun, Lee dibebaskan dari pertuduhan; dan bekas Presiden ke-10, Lee Myung-bak (25 Februari 2008 - 24 Februari 2013) dihukum penjara 17 tahun kerana menerima rasuah 11 bilion won (RM40 juta) bertujuan membebaskan pengerusi syarikat Samsung, Lee Kun-hee yang dipenjara atas kesalahan mengelak cukai.
Usaha pencegahan rasuah Korea Selatan
Di Korea Selatan, usaha pencegahan rasuah diterajui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Hak Asasi Manusia (ACRC). ACRC tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan. Tanggungjawab utama ACRC adalah merangka polisi berkaitan pencegahan rasuah, melaksanakan inisiatif pencegahan dan aktiviti kesedaran awam.
Siasatan dan pendakwaan kes rasuah dijalankan oleh pasukan polis, pejabat pendakwa raya dan Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO).
Korea Selatan mempunyai beberapa inisiatif besar dalam mengukuhkan integriti warga kerja sektor awam. Perkara ini menyumbang kepada peningkatan CPI Korea Selatan. Untuk rekod, CPI sebenarnya mengukur tahap rasuah dalam perkhidmatan awam.
Inisiatif pertama, penjawat awam Korea Selatan diwajibkan mengikuti kursus integriti, etika dan pencegahan rasuah. Latihan tahunan ini dianjurkan oleh Institut Latihan Pencegahan Rasuah, ACRC. Agensi lain seperti Institut Pembangunan Sumber Manusia Negara (NHI) turut menganjurkan kursus berasaskan integriti dan etika.
Di Malaysia, tanggungjawab besar ini dilaksanakan oleh Unit Integriti di semua agensi awam. Latihan integriti juga merupakan ketetapan kerajaan seperti mana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012: Program Transformasi Minda dan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021: Modul Pengukuhan Governans Integriti dan Antirasuah.
Inisiatif kedua, semua agensi awam di Korea Selatan akan menghadapi penilaian berkaitan integriti. ACRC melaksanakan Penilaian Integriti Komprehensif Institusi Awam (CIA) bagi menilai dan memberi gred tertentu kepada lebih 500 agensi awam di Korea Selatan.
Menariknya, gred setiap agensi awam akan dihebahkan kepada umum. CIA dijalankan secara tahunan dengan peruntukan kewangan sekitar AS$2 juta.
Secara ringkasnya, CIA melihat kepada tahap integriti, menilai usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan integriti, dan mengukur insiden rasuah dalam agensi awam. Seterusnya, CIA mencadangkan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh agensi terbabit untuk menambah baik gred mereka.
Di negara kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan dua penilaian agensi awam yang hampir sama dengan CIA iaitu Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam dan Kajian Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Pencegahan Rasuah Agensi Awam.
Berbeza dengan CIA, dapatan kajian SPRM tidak dihebahkan kepada umum. Sebagai penambahbaikan, pendekatan seperti mana CIA wajar diaplikasi dengan menghebahkan dapatan kajian kepada umum.
Inisiatif ketiga, sistem pengisytiharan harta yang telus. Anggota pentadbiran kerajaan dan pegawai tinggi agensi awam wajib mengisytiharkan harta mereka setiap tahun. Perkara ini dikuatkuasakan melalui Akta Etika Perkhidmatan Awam yang dikawal selia oleh Kementerian Pengurusan Personel. Pengisytiharan harta ini boleh diakses oleh orang awam.
Sebagai perbandingan, semua penjawat awam di Malaysia wajib mengisytiharkan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. Arahan ini seperti mana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002: Pemilikan dan Pengisytiharan Harta oleh Pegawai Awam. Pengisytiharan harta dibuat melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan tidak boleh diakses oleh orang awam.
Anggota pentadbiran dan ahli Parlimen pula dikehendaki mengisytiharkan harta mereka setiap dua tahun sekali. Berdasarkan Kod Etika bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen yang dikeluarkan pada Disember 2018, dokumen pengisytiharan mesti dikemukakan kepada Perdana Menteri dan disalin kepada SPRM.
Budaya integriti warga Korea Selatan
Korea Selatan dilihat berjaya membentuk budaya rakyatnya agar tidak berkompromi kepada rasuah, penyelewengan dan salah laku. Penjawat awam dilatih agar sentiasa berhati-hati dalam menerima hadiah daripada pihak yang berurusan rasmi dengan mereka.
Di sekolah, menjadi kebiasaan untuk murid memberi hadiah kepada guru sempena Hari Guru. Di Korea Selatan, pentadbiran sekolah meletakkan nilai maksimum harga hadiah. Dengan kata lain, hanya dibenarkan hadiah yang murah.
Perkara ini bukan sahaja mendidik guru, tetapi melatih ibu bapa agar tidak menjadikan hadiah sebagai alasan memberi rasuah.
Penambahbaikan inisiatif negara
Dalam konteks Malaysia, inisiatif dan usaha yang dilaksanakan tidak kurang hebatnya. Malaysia mempunyai Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu dasar negara berkaitan pencegahan rasuah. Banyak usaha dilaksanakan merangkumi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan.
Tidak dinafikan bahawa kejayaan SPRM membongkar jenayah rasuah berprofil tinggi dan berkepentingan awam telah meningkatkan kredibiliti suruhanjaya itu. Bagaimanapun, usaha ini terbukti tidak cukup untuk memperbaiki CPI Malaysia.
Pencegahan rasuah yang berkesan memerlukan komitmen kerajaan, penguatkuasaan yang tegas, pelaksanaan inisiatif pencegahan yang berkesan dan pendidikan secara menyeluruh.
Sebenarnya, resepi utama kejayaan Korea Selatan adalah ketelusan dalam pentadbiran kerajaan. Elemen ketelusan mampu menzahirkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan tata kelola, seterusnya mengelakkan persepsi negatif masyarakat. Oleh itu, bagi merealisasikan sasaran kerajaan untuk berada di kedudukan 25 teratas dalam CPI, banyak perkara yang boleh dipelajari dari Korea Selatan.
*Mohamad Tarmize Abdul Manaf adalah Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohamad Tarmize Abdul Manaf
Wed Jan 03 2024
![[KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan [KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704195801_TBTARMIZE.jpg)
Menurut Mohamad Tarmize, walaupun banyak pihak berpandangan bahawa CPI bukan pengukur sebenar situasi rasuah di sesebuah negara, namun indeks tersebut tidak boleh dipandang ringan. - Foto SPRM

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Muat naik kandungan 3R, lelaki disiasat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang lelaki tempatan, 47 tahun yang disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.

Pulau Pinang terima penerbangan terus dari sebuah bandar di China suku kedua 2025 - Exco
Pulau Pinang mengalu-alukan laluan penerbangan terus baharu dari sebuah bandar utama di China yang dijangka bermula pada puncak musim perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.
Perbelanjaan baiki tandas sekolah cecah RM1 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, masalah infrastruktur sekolah di negara ini antara perkara awal yang menjadi keutamaan ketika diberi tanggungjawab memegang portfolio Menteri Kewangan.
Ramadan tekankan kesedaran bantu golongan kurang bernasib baik
Bulan Ramadan menekankan pentingnya tanggungjawab termasuk kesedaran tambahan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk jiran, kariah dan rakan sekeliling.

Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.

Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.

Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.

KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.

Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.

Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.

RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.

Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.