SEMASA Malaysia pertama kali merangka pelan pembangunan aeroangkasa pada 1998, industri yang masih tidak mempunyai pasaran export ini hanya bernilai RM900 juta. Pada tahun tersebut dianggarkan industri aeroangkasa menggajikan seramai 6,800 pekerja.
Menurut Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2015-2030, syarikat aeroangkasa tumbuh tiga kali ganda daripada hanya 50 syarikat pada 1998 kepada 150 perusahaan pada tahun 2014, dengan jumlah pendapatan meningkat 12 kali ganda kepada RM11.8 billion daripada RM900 juta. Untuk tahun tersebut, nilai export menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan RM2.13 billion dicatatkan, selain RM4.2 billion pelaburan direkodkan.
Jika dilihat, walaupun pendapatan sektor ini meningkat 12 kali ganda, namun peningkatan bilangan pekerja hanyalah suku daripada nilai tersebut, menggambarkan kadar produktiviti industri ini berada pada tahap yang tinggi.
Penganalisis industri berpandangan aeroangkasa akan terus menjadi antara sektor yang bakal berkembang pesat, disokong oleh pemulihan industri penerbangan di rantau Asia Pasifik. Tahun lalu, sejumlah RM18.1 billion pendapatan dicatatkan dengan nilai export meningkat kepada RM6 billion untuk sektor aeroangkasa.
Pelan Induk Aeroangkasa Malaysia 2030 yang kini diterajui Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (Naico) menyasarkan sumbangan sektor ini mencecah RM55 bilion menjelang 2030, dipacu oleh sejumlah 32,000 pekerja berkemahiran tinggi.
Bagi tujuan menyokong pelan induk ini, Selangor telah pun membina Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor 2020-2030 yang menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri untuk memantau dan menyelaraskan pembangunan sektor tersebut melalui agensi Invest Selangor Bhd. Sehingga kini, sejumlah 67% daripada 250 pemain industri aeroangkasa telah pun bertapak di Selangor, yang rata-rata menjalankan perniagaan di Subang, Sepang dan Serendah.
Di Subang, Kementerian Pengangkutan telah pun membenarkan perkhidmatan jet kembali beroperasi di sana. Ini bakal membuka lebih banyak peluang pembukaan fasiliti MRO dan perkhidmatan sokongan lain.
Di Serendah , pembukaan stesen ECRL bakal menjadikan utara Selangor sebagai sebuah hab logistik -menghubungkan Pelabuhan Klang-Kuantan adalah berita penting yang dinanti-nantikan pemain industri di Serendah, seperti syarikat UMW Aerospace yang telah lama bertapak di sana.
Bagi pembangunan aeroangkasa di Sepang, projek pembangunan Selangor Aero Park oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KLIA Aeropolis oleh Malaysia Airports Holdings Bhd juga sedang menunjukkan perkembangan positif.
Semalam, satu MoU telah ditandatangani antara Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) dan MAHB semasa pameran Farnborough Air Show 2024 di United Kingdom, antara lain menyentuh kerjasama strategik Kerajaan Selangor dan MAHB bagi pembangunan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang bakal membuka lebih banyak peluang ekonomi di dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa di Subang dan Sepang.
Perkembangan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor untuk menyediakan ekosistem yang lengkap dan kondusif kepada para pemain industri demi kebaikan Negeri secara keseluruhan.
* Penulis Ng Sze Han ialah Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Tue Jul 23 2024
![[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa [KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721740437_tbLapanganTerbangS.jpg)
Malaysia Airports dan MBI Selangor menandatangani MoU mengenai pembangunan strategik Zon 3 dan 4 Lapangan Terbang Subang semasa Pameran Udara Farnborough pada 22 Julai lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
![[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa [KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721740437_tbLapanganTerbangS.jpg)
[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa
Penganalisis industri berpandangan aeroangkasa akan terus menjadi antara sektor yang bakal berkembang pesat.