40 tahun berjuang dalam politik, inilah kali pertama saya berucap di WTC.
Dalam tajuk yang diberikan kepada saya berkenaan Memperkasa Ekonomi Rakyat, saya cuba untuk berkongsi secara ringkas berkenaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh KPDN yang baru sahaja menjengah bulan ke-6 pelaksanaannya. Usaha ini dilihat sebagai satu gerak kerja realistik dan praktikal dalam menggerakkan ekonomi domestik rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada Mac baru-baru ini, Kadar Inflasi Subkomponen Harga Makanan di Luar Rumah mencatatkan penurunan daripada 9.6% ke 9.3% buat kali pertama sejak Ogos 2021. Ini dipengaruhi oleh inisiatif Menu RAHMAH dan IPR yang menawarkan harga makanan siap dimasak pada harga RM5 kebawah.
Dengan daya yang ada, kita cuba untuk membantu rakyat dengan variasi inisiatif RAHMAH termasuklah Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH, serta dengan usahasama kementerian lain, sudah wujud pula Menu Siswa RAHMAH, Pakej Auto RAHMAH, Simen RAHMAH, dan sebagainya.
Menerusi libat urus yang KPDN telah laksanakan bersama pemain industri, insya-Allah pada sekitar hujung bulan ini KPDN akan melancarkan Pakej Insuran RAHMAH dan Pakej Takaful RAHMAH.
Walaupun ada segelintir pihak yang cuba mempertikaikan kelangsungan inisiatif RAHMAH, dengan rendah diri, ingin saya nyatakan bahawa antara kekuatan kepada inisiatif RAHMAH ini termasuklah sokongan daripada pemain industri yang bersedia untuk membantu, berpegang kepada falsafah ‘shared prosperity’ yang memberi fokus dalam menyantuni golongan B40 kebawah.
Setakat ini, Bakul RAHMAH telahpun diedarkan kepada lebih 80,000 ketua isi rumah menghampiri sasaran asal kita iaitu 127,000 isi rumah miskin tegar.
Untuk inisiatif Jualan RAHMAH, terdapat 14,000 jenis barangan (SKUs) daripada pelbagai kategori diberikan diskaun bermula 3% hingga 50%. Jualan RAHMAH ini boleh didapati di seluruh negara melalui lebih daripada 3,500 cawangan pasaraya yang mengambil bahagian seperti Econsave, Mydin, AEON, Speedmart, KK Mart, Lotus’s, Hwa Thai, Sabasun, TF Value Mart, dan lain-lain.
Dengan adanya Jualan RAHMAH dan Pakej RAHMAH ini juga, pada setiap kali pembelian barangan keperluan asas dilakukan, rakyat dapat jimat sehingga RM25 dalam satu transaksi.
Usaha ini mungkin nampak kecil, tetapi ia telah menghasilkan ‘spillover effect’ yang positif serta memberikan cahaya di hujung terowong kepada rakyat dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dewasa ini.
Menu RAHMAH, Jualan RAHMAH dan Pakej RAHMAH turut dilihat menjadi ‘crowd puller’ untuk para peniaga sehingga mampu meningkatkan hasil jualan seperti yang dilaporkan oleh Mydin sebanyak 20% dan Econsave peningkatan 30% dalam tempoh sebulan sahaja sejurus Jualan RAHMAH dilancarkan pada Januari 2023.
Untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi rakyat tempatan, KPDN turut menggiatkan lagi usaha fasilitisasi perniagaan untuk para usahawan menerusi program francais dan jualan langsung. Segmen ini mempunyai potensi yang besar di mana industri jualan langsung telah mencatat nilai jualan sebanyak RM27 billion pada 2021 manakala francais pula mencatat nilai jualan sebanyak RM29.9 billion. Oleh sebab itu, sejumlah RM500 juta bantuan geran dan pinjaman telah disediakan oleh KPDN dan pelbagai agensi lain untuk mendokong bisnes francais di negara kita sehingga 2025.
Kerajaan Perpaduan masih baharu, dan perjalanan kami masih jauh.
Beri kami peluang untuk terus berbakti kepada rakyat dalam tempoh satu terma yang penuh, agar kita sama-sama dalam menikmati tatakelola dan tadbir urus yang baik demi rakyat Malaysia MADANI.
Salahuddin Ayub
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023
14 Mei 2023
* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandngan sidang pengarang Astro AWANI
Kenyataan Media
Mon May 15 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berucap pada Bicara Rakyat sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei, 2023. - Foto Facebook Salahuddin Ayub
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.