WALAUPUN kajian semula kadar dan struktur upah sedang hangat diperkatakan ketika ini, namun dari sudut yang lain terdapat segolongan pekerja yang memilih untuk mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera dan keseimbangan antara kerja-kehidupan yang lebih sihat berbanding upah yang lebih tinggi.
Ada pekerja yang sanggup meninggalkan organisasi kerana tuntutan kerja yang terlalu sibuk walaupun upah yang diterima adalah tinggi.
Kebiasaannya, semakin tinggi tingkat upah, semakin tinggi tuntutan kerja yang diperlukan oleh majikan.
Tuntutan kerja yang banyak akan membuatkan seorang pekerja itu sibuk dan perlu melebihkan masanya untuk menyempurnakan kerja dan kurang peruntukan masa untuk bersosial atau bersama keluarga.
Maka tidak hairan jika ada pekerja yang sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan upah yang lebih tinggi, misalnya RM3,700 disusuli dengan tuntutan kerja yang padat tetapi berhijrah kepada pekerjaan sebagai juruwang dengan pendapatan sebanyak RM1,500 yang lebih rendah daripada sebelum ini seperti yang telah kita dengar dalam berita dua bulan yang lalu.
Apabila pekerja merasa tertekan dengan kerja yang padat, mereka khuatir jika tidak dapat melakukan kerja tersebut dengan baik kerana tekanan kerja dan kehidupan yang tidak seimbang di samping majikan menaruh harapan yang tinggi dengan output kerja yang akan dihasilkan.
Untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan baik, keadaan stamina fizikal, minda dan emosi seseorang pekerja perlu berada dalam keadaan yang baik dan tenang untuk mengelakkan kesilapan dalam melakukan kerja.
Menurut kajian daripada Randstad baru-baru ini, pekerja sanggup meninggalkan organisasi tempat bekerja sekiranya tiada pertumbuhan kerjaya yang baik, bayaran upah yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi, mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik dan majikan yang mempunyai corak kepimpinan yang lemah.
Dapatan kajian oleh Randstad ini adalah selari dengan dapatan daripada beberapa kajian negara maju dan membangun yang lain.
Antara punca lain ialah faktor pengurusan yang lemah, persekitaran kerja yang tidak kondusif, dan pengaruh rakan sekerja.
Tambahan pula, generasi milenial merupakan golongan paling ramai cenderung untuk menukar kerja (42 peratus), diikuti generasi Z (37 peratus) dan generasi X (29 peratus).
Ini memberikan gambaran bahawa keadaan tempat kerja tidak seperti yang diharapkan oleh generasi milenial.
Pendedahan dalam rintangan dunia nyata sebenar tidak sama dengan dunia maya di mana mereka lebih terdedah.
Walau bagaimanapun, menukar tempat kerja menunjukkan mereka mudah dan masih mendapat tempat dalam pasaran kerja.
Namun begitu, peralihan kerja yang cepat dan kerap akan menyebabkan seseorang pekerja tidak dapat menghayati kerja dengan lebih baik serta mengurangkan nilai senioriti pekerjaan dalam organisasi.
Jika kadar pusing ganti pekerja meningkat, pihak majikan perlu melatih semula pekerja baharu.
Latihan yang diterapkan kepada pekerja baharu akhirnya tidak bertahan lama jika suasana kerja tidak menepati kehendak golongan pekerja.
Hal ini akan meningkatkan kos latihan kerana pihak majikan sentiasa melatih pekerja baharu.
Bagi mengurangkan beban kos akibat kadar pusing ganti pekerja yang tinggi, pihak majikan perlu memilih pekerja yang sesuai termasuklah dengan melihat tren kesetiaan pekerja dalam organisasi terdahulu sebelum mengambil calon tersebut untuk bekerja dalam organisasi.
Manakala pekerja akan kekal dalam sesuatu organisasi sekiranya mereka merasakan diri begitu bernilai dalam organisasi dan dihargai, menurut teori ekonomi yang dikenali sebagai ‘pengekalan pekerja berasaskan sumber’ (RBV).
Maka pihak majikan perlu mengatur strategi untuk mengekalkan pekerja yang bukan sahaja dengan peningkatan upah berbentuk monetari tetapi juga faedah lain yang berbentuk bukan monetari yang dirasakan penting bagi pekerja.
Misalnya dengan menghargai pekerja, mengiktiraf usaha pekerja, memberikan motivasi kepada pekerja, dan juga menambahbaik kepimpinan organisasi syarikat.
Majikan juga perlu menyediakan program atau kursus yang berbentuk pembangunan stamina fizikal, minda dan emosi ke arah peningkatan produktiviti secara sihat.
Apa yang pekerja perlukan adalah kehidupan yang lebih sejahtera dan keseimbangan antara kerja-kehidupan yang lebih baik di samping menikmati upah yang lebih tinggi.
Namun upah yang tinggi tanpa tuntutan kerja yang banyak adalah sesuatu yang agak mustahil kerana pihak majikan juga ingin mendapat pulangan balik kepada organisasi daripada peningkatan kos buruh yang ditanggungnya.
Tidak dinafikan bahawa gaji dan upah yang lebih tinggi dapat membantu ke arah kehidupan yang lebih baik kerana kesejahteraan dalam kesihatan, aktiviti sosial, dan kehidupan berkeluarga juga memerlukan kos.
Ada pekerja yang sanggup menyerap tekanan kerja dengan sukarela kerana ingin mendapat tingkat upah yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan tahap kerja yang dituntut oleh majikan setelah pekerja dibayar dengan upah yang tinggi selaras dengan teori kecekapan upah.
Peningkatan jumlah kerja dan peningkatan upah secara berperingkat dilihat sebagai suatu latihan ketahanan fizikal, mental dan emosi untuk seseorang pekerja melangkah kepada tahap jawatan yang lebih tinggi selaras dengan kesukaran kerja tersebut.
Maka bagi memastikan kehidupan dan keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih sejahtera di samping tingkat upah yang lebih tinggi, setiap pekerja perlu bijak mengatur dan menguruskan masa, tenaga dan fokus untuk mengimbangi keperluan monetari dan bukan monetari dalam kehidupan.
Ini kerana kepuasan bekerja merupakan aspek sangat penting bagi memastikan seseorang pekerja dapat bertahan dan meningkatkan tambah nilai kendiri bagi melangkau ke tahap jawatan yang lebih baik dalam organisasi.
* Dr. Elya Nabila Abdul Bahri merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Wed Jun 14 2023
![[KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama [KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686714294_HariPekerjaCuepacs.jpg)
Stamina fizikal, minda dan emosi pekerja perlu dalam keadaan yang baik dan tenang untuk mengelakkan kesilapan dalam melakukan kerja. - Foto hiasan/ BERNAMA
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.

Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.

Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.

Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.

Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.

Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.

Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.