KUANTAN: Pek kombo Madani yang dijual dengan harga RM10 bagi ikan dan tiga jenis sayur menambat hati pembeli pada program Jualan Agro Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pandan Damai di sini, semalam.
Rata-rata pengguna yang ditemui pada program sehari dari 3 petang hingga 9 malam itu merasakan pek kombo mengandungi ikan kembung atau selayang seberat kira-kira 1 kilogram dengan seikat sayur kangkung, bayam dan sawi itu sangat berbaloi.
Lebih menarik, pelanggan turut diberikan sebotol jem nanas jenama Agromas secara percuma.
Petugas kesihatan Mohd Riduan Mohd Azmi, 39, ketika ditemui Bernama berkata beliau tertarik untuk membeli kombo berkenaan yang dianggap lebih jimat berbanding harga pasaran.
"Biasanya sayur kalau tiga ikat boleh cecah hingga RM8 tapi promosi hari ini murah dan rugi kalau tak beli, malah lokasi berhampiran kawasan perumahan sangat bagus," katanya yang menetap di Pandai Damai, di sini dan turut berharap lebih banyak program seumpama ini dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Seorang lagi penduduk dari lokasi perumahan sama Maizurah Mustafa, 38, berkata sayur dan ikan di dalam pek berkenaan yang segar membuatkan beliau tidak berfikir dua kali untuk membeli kombo berkenaan.
"Semuanya nampak segar dan harga murah membuatkan saya tertarik untuk membelinya, kalau dekat pasar biasa memang tak dapat harga macam ini, kombo ini berbaloi untuk dibeli," katanya.
Pesara kerajaan Sufian Rahmat, 63, berkata beliau yang menetap di Taman Tas, di sini mengetahui mengenai jualan itu menerusi laman sosial Facebook sebelum "bergegas" ke situ untuk mendapatkan kombo berkenaan.
"Empat barang dalam satu pek dijual dengan RM10 sangat berpatutan sekali gus membantu rakyat untuk berjimat dan saya harap lebih banyak produk dengan harga macam ini dapat dipasarkan oleh FAMA di kawasan perumahan lain," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang Shabuddin Mohd Noor berkata pihaknya menyasarkan untuk menganjurkan jualan berkenaan di 11 lokasi di sekitar Pahang sepanjang Julai dan program semalam di Kuantan merupakan destinasi kedua selepas Bentong.
Program yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 itu menurut beliau, turut menerima penglibatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang yang membawa produk masing-masing kepada pelanggan.
"Jualan ini secara terus daripada petani kepada pengguna dengan harga lebih rendah daripada 10 hingga 30 peratus dan antara tarikan program ini ialah Kombo Madani yang dijual dengan harga RM10 berbanding harga asal RM15 sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan pelanggan," katanya yang memaklumkan hampir 100 pek kombo itu terjual dalam masa satu setengah jam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Timbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang Shabuddin Mohd Noor meninjau program Jualan Agro Madani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pandan Damai, semalam. - Foto BERNAMA
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.

Kombo Madani RM10 laris di jualan Agro Madani
Pek kombo Madani yang dijual dengan harga RM10 bagi ikan dan tiga jenis sayur menambat hati pembeli pada program Jualan Agro Madani anjuran FAMA.