Shahanim melalui laman Facebooknya berkata beliau dipanggil untuk memberikan kenyataan di IPD Kuala Muda pada petang Rabu.
“Saya tak komen jelik. Saya tak komen hina, saya tak maki MB Kedah pun.
“Saya hanya up status jumlah kematian di Kuala Muda, orang ramai yang komen macam-macam tapi petang ini saya dipanggil ke IPD Kuala Muda,” katanya sebentar tadi sambil memuat naik gambar di hadapan IPD.
BACA: Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah
BACA: Polis tahan dua lelaki didakwa hina MB Kedah
Sumber Facebook shahanim.mohdyusoff
Dalam sidang media pada 6 Ogos, Sanusi ditanya mengenai status kontena penghantaran yang digunakan untuk menyimpan mayat di Hospital Sungai Petani, susulan ketiadaan ruang di bilik mayat di sana.
Beliau menjawab, lebih banyak kontena akan disediakan, sambil menambah, “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.
Menteri Besar itu kemudiannya memohon maaf atas kenyataan tersebut.
Mengikut rekod sehingga kini seramai empat orang telah ditahan dan direkodkan kenyataan berhubung isu ini.