SEPANG: Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, semakan dijalankan berdasarkan satu tangkap layar memaparkan komen yang dilontarkan seorang individu mendakwa merupakan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
"Semakan dijalankan pihak Bukit Aman menerusi telefon bimbit yang digunakan mengesahkan individu terbabit bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"IPD Sepang menafikan sebarang penglibatan anggota seperti dakwaan komen berkaitan dan apa yang dinyatakan menerusi komen tersebut adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, setakat ini hasil semakan pusat media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut mendapati tiada laporan dibuat berhubung dakwaan berkenaan.
"Orang ramai diingatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau hantaran tidak tepat.
"Jangan berkongsi sesuatu hantaran yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegentaran awam," katanya.
Pada Isnin, tular satu hantaran di media sosial berkaitan tangkap layar di salah satu platform memaparkan seorang individu mendakwa sebagai seorang anggota polis.
Komen terbabit dipercayai berkaitan dengan satu hantaran jelik melibatkan Perdana Menteri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
![Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699948695_komenjelik.jpg)
Tular satu hantaran di media sosial berkaitan tangkap layar memaparkan seorang individu mendakwa sebagai seorang anggota polis pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Penganggur dipenjara enam bulan, muat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas tiga pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya.
![Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000 Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714106918_nahashelikopterTLD.jpg)
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
![Pekerja kilang komen jelik terhadap PM direman dua hari Pekerja kilang komen jelik terhadap PM direman dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700033479_HandcuffGari.jpg)
Pekerja kilang komen jelik terhadap PM direman dua hari
Seorang pekerja kilang ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
![Tiada anggota polis di IPD Sepang dikesan buat komen jelik terhadap PM Tiada anggota polis di IPD Sepang dikesan buat komen jelik terhadap PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674108393_TBWanKamarulAzranWa.jpg)
Tiada anggota polis di IPD Sepang dikesan buat komen jelik terhadap PM
Menurut polis, semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan HRMIS, Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja PDRM.
![Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699948695_komenjelik.jpg)
Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
![Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594637884_courtgavelmahkam.jpg)
Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor
Seorang suri rumah mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor.