KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan tidak boleh mencampuri urusan dalam penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk kompaun yang dikeluarkan ke atas individu individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata segala peraturan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Pihak (Kementerian) Kesihatan dan PDRM yang melaksanakan penguatkuasaan berdasarkan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Jelasnya, akta berkenaan ada menyatakan bahawa kompaun maksimum yang dikenakan ke atas seseorang individu ialah RM10,000 manakala bagi syarikat pula ialah RM50,000.
Namun, katanya ia mestilah mempunyai panduan dan kategori kesalahan dengan kompaun tertentu di mana panduan berkenaan ada pada pihak polis dan pihak KKM.
"Persoalan sekarang bukan kerajaan negeri, kita sekarang dalam Ordinan Darurat dan negara ditadbir bawah MKN dan punca kuasa dari MKN terus ke jawtankuasa kecil keselamatan negeri, jadi kita hanya jalankan keputusan yang dibuat oleh MKN," katanya lagi.
Semalam, media melaporkan tiga peniaga membabitkan peniaga burger, colek dan peniaga kedai runcit dikenakan kompaun 50,000 ringgit kerana didakwa berniaga melebihi masa yang dihadkan.
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
BACA: Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Katanya, Kelantan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana had operasi kedai makan dan premis perniagaan hanya sehingga jam 10 malam.
Beliau juga mengingatkan rakyat Kelantan supaya mematuhi SOP kerana kes COVID-19 masih mencatatkan angka yang tinggi manakala kadar kebolehjangkitan di negeri ini juga tinggi.
BACA: R-Naught kekal 1.13, Kelantan masih tertinggi
Katanya kerajaan Kelantan banyak menerima rayuan rakyat supaya dilonggarkan sektor ekonomi, namun keputusan yang dibuat adalah dari MKN.
Vivi Sumanti
Wed Apr 28 2021
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata segala peraturan dibuat oleh MKN berdasarkan laporan KKM. - Gambar fail/BERNAMA
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat
Kerajaan Kelantan akan memastikan kerja-kerja baik pulih melibatkan kerosakan jalan raya di Gua Musang dilaksanakan secepat mungkin.
Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan
Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang kukuh penting untuk manfaat semua khususnya rakyat.
Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028
Wan Roslan berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.
Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.
Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 untuk Palestin
Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis.
UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.
Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan -one off- berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan.
Kelantan larang permainan Pokemon GO di premis kerajaan
Tindakan akan dikenakan terhadap kakitangan kerajaan atau orang awam yang ditangkap bermain Pokemon GO di premis kerajaan.