Sebahagian Kompleks Al Barakah yang sinonim diselia tokoh pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias kini ditawarkan untuk dijual melalui satu iklan laman sesawang Mudah.my, baru-baru ini.
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim bagi melahirkan generasi Al-Quran masa depan.
Melalui iklan dimuatkan dalam Mudah.my sejak 7 Julai lalu, sebahagian kompleks itu yang dikenali sebagai Bangunan Tahfiz Darul Barakah di Manjoi, di sini yang berkeluasan 1.7 ekar ditawarkan untuk dijual dengan harga RM5 juta.
Berdasarkan butiran maklumat disertakan dalam iklan tersebut, bangunan tahfiz tersebut dilengkapi dengan tiga blok kuarters guru, enam bilik darjah, empat bilik dorm asrama, kantin, pondok pengawal, setor dan surau.
Sementara itu, Mohd Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim melalui kenyataan Facebooknya yang dimuat naik 4 Julai lalu memaklumkan Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar tahfiz dan sudah beroperasi sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya memberikan alasan penjualan bangunan itu disebabkan ‘penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak’ untuk menampung kos pengurusan institusi itu.
“Saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata memandang, sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di sinilah tempat awal rakaman rancangan ‘Kalau Dah Jodoh’ (terbitan Astro).
“Namun, saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang boleh menampung...penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.
“Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini, tetapi kalau berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Kazim sewaktu dihubungi menegaskan akan mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu di Pusat Pendidikan Al-Barakah pada 9.30 pagi hari ini.
“Buat masa ini, saya mengakui keputusan mengiklankan dan menjual Bangunan Tahfiz Darul Barakah adalah sahih.
“Esok (Rabu) pagi saya akan menjelaskan segala-galanya,” katanya.
Sinar Harian
Tue Jul 10 2018
![Kompleks Al Barakah untuk dijual? Kompleks Al Barakah untuk dijual?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531260983_kazimelias.jpg)
Ustaz Kazim melalui kenyataan Facebook pada 4 Julai memaklumkan Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar tahfiz dan sudah beroperasi sejak enam tahun lalu. - Facebook
![Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656843_TBNurAinNabila.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589519600_UstazKazimmasukpe.jpg)
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.
![Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478421550_KazimElias.jpg)
Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu
Persetujuan bagi pengambilalihan unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut hari ini.
![Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531285377_KAZIMELIAS.jpg)
Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.
![Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531262017_tahfiz.jpg)
Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.
![Kompleks Al Barakah untuk dijual? Kompleks Al Barakah untuk dijual?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531260983_kazimelias.jpg)
Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim.