Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dikawal ketat anggota keselamatan ekoran sekali lagi menjadi tumpuan puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa bagi mengikuti perkembangan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tinjauan mendapati pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal pukul 6 pagi.
Selain dikawal ketat pihak keselamatan, pengamal media dikehendaki beratur di luar pintu masuk kompleks berkenaan bagi mendapatkan pas masuk di kaunter yang dibuka bermula pukul 7.30 pagi.
Bagaimanapun, hanya 21 pengamal media dibenarkan membuat liputan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen, sementara 50 pengamal media lagi diberi pas untuk mengikuti prosiding di bilik khas menerusi pautan video.
Hanya 71 pengamal media yang dibenarkan masuk ke tingkat atas bangunan mahkamah.
Susulan itu, berlaku sedikit kekecohan kecil di kaunter berkenaan ekoran rasa tidak puas pengamal media yang tidak berkesempatan mendapatkan pas masuk kerana tidak dimaklumkan tentang liputan yang dihadkan.
Bagaimanapun keadaan kembali tenang dan lancar selepas pengamal media membuat rundingan dengan pihak keselamatan.
Pemerhatian Bernama juga mendapati kira-kira 20 penyokong Najib yang diketuai oleh bekas calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam pula berada di luar pagar kompleks mahkamah kerana tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan.
Najib hari ini menghadapi tiga lagi pertuduhan membabitkan dana SRC mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadappertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi berdepan dakwaan atas tiga pertuduhan menerima wang aktiviti haram di Mahkamah Sesyen hari ini. --fotoBERNAMA
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
Parkir tidak teratur halang kenderaan penyelamat
Ada pemilik kenderaaan yang tidak memikirkan keselamatan awam lain dan menghalang kenderaan anggota penyelamat.
Tindakan meroboh kuil cetus pertempuran
Pertengkaran sengit antara penduduk tempatan dan anggota keselamatan berakhir dengan penahanan penunjuk perasaan.
Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.
Keamanan negara tarik minat syarikat besar melabur - PM Anwar
Tugas anggota keselamatan dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara banyak menyumbang kepada minat syarikat besar luar negara untuk melabur di Malaysia.
320 anggota keselamatan Sudan, 20,000 pelarian lari ke Chad
Kira-kira 320 anggota keselamatan Sudan meninggalkan medan pertempuran dan menyeberangi sempadan untuk menyerah diri kepada tentera Chad.
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Lima maut nahas helikopter
Lima anggota keselamatan maut dalam nahas helikopter di Aguascalientes, Mexico pada Khamis.
200 hektar hutan terbakar di Jerman
Kira-kira 500 anggota keselamatan di seluruh Brandenburg dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.