KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Okt depan untuk sebutan kes usahawan kosmetik Safiey Ilias yang didakwa atas dua pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim memohon tarikh sebutan seterusnya untuk serahan dokumen berkaitan kes tersebut.
Terdahulu, Nurhashimah memaklumkan bahawa Safiey Ilias, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 28, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Mac lepas namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Ampang dan hari ini adalah sebutan kali pertama di Mahkamah Ampang.
Penyanyi lagu 'Syinta Gila' itu, yang diwakili peguam Harjeet Singh Sidhu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan mangsa menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi 9 Jun 2021.
BACA: Pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' ditahan - Polis
Dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payu daranya di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.
Safiey Ilias didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan berhubung dua pemilik akaun dikenali sebagai 'safieyillias94' dan 'pipinatasha' yang berpakaian mencolok mata semasa mengadakan sesi perbualan sidang video secara langsung bersama rakannya di Instagram yang disertai dua kanak-kanak bawah umur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Safiey Ilias mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan mangsa menerusi aplikasi Instagramnya. - Gambar fail/ FB Safiey Ilias
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Syarikat Safiey Ilias didenda di mahkamah miliki, jual produk kesihatan tidak berdaftar
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap DSI Empire Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya Safiey Alias.