Ekoran penahanan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dua aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim yang didakwa menghina Jalur Gemilang, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) menyarankan supaya penceritaan sejarah kemerdekaan disemak.
Jurucakap KsJT, Eekmal Ahmad berkata sudah tiba masanya suatu Naratif Sejarah Nasional diangkat tanpa menyisihkan fakta-fakta sejarah yang tepat.
Katanya, peristiwa mengibarkan Sang Saka Malaya merupakan desakan terhadap pemerintah agar akur kepada kenyataan bahawa generasi muda sudah muak dengan naratif sejarah sepihak yang menafikan sumbangan pejuang kemerdekaan yang punya fikrah berlainan.
"Kami percaya mengibarkan bendera tersebut bukanlah satu kesalahan kerana ia sejajar dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin Kebebasan Bersuara dan bendera itu tidak pernah dan tidak akan mengancam kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
KsJT juga kata Eekmal mempersoal kebijaksanaan pemerintah dan pihak polis yang mengandaikan mengibarkan sejenis bendera lain itu dianggap menghina Jalur Gemilang.
"Apakah bendera yang digelar Sang Saka Malaya itu kini merupakan satu ancaman kepada negara?
"KsJT menggesa pihak polis untuk meneliti sejarah sebenar bendera tersebut, yang tidak pernah diangkat sebagai bendera alternatif kepada bendera Malaysia," katanya.
Beliau berkata bendera tersebut hanya pernah dicadangkan Angkatan Pemuda Insaf sebagai bendera Umno namun ditolak selepas kalah undi.
"Justeru jika ini fakta sejarahnya kenapa pihak polis menahan ketiga-tiga itu atas alasan menghina Jalur Gemilang?" soal beliau.
Eekmal juga berkata, KsJT percaya tindakan itu merupakan satu usaha untuk mengekang orang Melayu dan rakyat Malaysia dari pelbagai tafsiran sejarah terutamanya berkaitan kemerdekaan.
Katanya, KsJT juga percaya penahanan ketiga-tiga individu tersebut merupakan sebahagian dari tindakan pihak berkuasa untuk menimbulkan kegelisahan tanpa sebab munasabah.
"Rentetan isu anti Syiah, surau yang digunakan bukan Muslim di Johor, filem Tanda Putera dan kini kononnya ada yang menghina Jalur Gemilang ternyata sedang dieksploitasi penguasa dan aparat untuk mengolah persetujuan rakyat serta keresahan terutamanya di kalangan Melayu-Muslim," katanya.
Astro Awani
Thu Sep 05 2013
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan yang dihasilkan sistem itu menunjukkan cap jari tersebut tidak sepadan dengan suspek berusia 30 tahun terbabit.
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Peta Google akan menukar nama ‘Teluk Mexico’ kepada ‘Teluk Amerika’, sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat atas alasan mereka tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan agenda Presiden.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).