GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tidak sepatutnya 'cuci tangan' terhadap pembinaan 512 unit rumah dalam projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.
Naib Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang, Ravinder Singh berkata, kenyataan Kon Yeow bahawa Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan adalah tidak benar.
Ini kerana katanya, projek terbabit melibatkan garis panduan pengezonan semula tanah untuk pembangunan yang mana ia merupakan kuasa di bawah SPC.
"Mengikut surat MBPP yang saya terima pada 8 Januari lalu, Mesyuarat SPC pada 2022 telah memutuskan untuk menimbang semula permohonan peningkatan nisbah plot cadangan dan mematuhi syarat-syarat diberikan.
"Oleh demikian, adalah tidak benar jika Kon Yeow yang juga Pengerusi SPC mendakwa bahawa SPC tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan projek berkenaan.
"Kon Yeow tidak sepatutnya lepas tangan berhubung isu ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa SPC mempunyai kuasa kerana projek ini melibatkan garis panduan pengezonan semula tanah," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar pada Rabu.
Tambah Ravinder, tanah yang akan dibangunkan projek berkenaan telah dizonkan semula daripada 'low density' kepada high density' dengan menggunakan garis panduan pengezonan semula tanah.
"Kaedah ini adalah salah kerana ia merupakan 'ultra-vires' di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," ujarnya.
Tegas beliau, Kon Yeow juga tidak sepatutnya menjadikan MBPP sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dalam isu projek asrama pekerja asing berkenaan.
"MBPP tidak boleh memberi kelulusan kepada mana-mana projek sekiranya status tanah tidak sesuai dengan jenis projek yang dicadangkan. Status plot tanah (contoh kepadatan plot dan kegunaan tanah) untuk asrama perlu ditukar terlebih dahulu untuk membolehkan pembangunan bertingkat tinggi dan berketumpatan tinggi.
"Pengezonan semula plot tanah itu pula bukan dilakukan oleh MBPP tetapi SPC. Ia jelas menunjukkan Kon Yeow sengaja meletakkan tanggungjawab kepada MBPP untuk melepaskan dirinya," katanya.
Oleh demikian, Ravinder menuntut penjelasan lanjut daripada Kon Yeow berhubung isu ini kerana ia melibatkan kepentingan penduduk di sekitar Teluk Kumbar.
"Kami menyokong tindakan penduduk yang membantah projek ini kerana kawasan yang dipilih sangat tidak sesuai.
"Ia akan menyebabkan kesesakan trafik yang sangat teruk selain masalah-masalah lain," katanya.'
"Minggu lalu, Kon Yeow berkata, Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar dan pemaju untuk membincangkan mengenai bantahan projek asrama warga asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.
"Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan kerajaan negeri bersama wakil jawatankuasa bertindak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik pada pagi Jumaat.
Ini berikutan, Kon Yeow berkata, jawatankuasa bantahan itu hanya membantah lokasi projek asrama berkenaan dan bukannya konsep pembinaan asrama pekerja yang telah menjadi keperluan undang-undang di Malaysia.
Beliau berkata lagi, Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh MBPP.
Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024
Ravinder menunjukkan aturan bagi proses pengezonan semula tanah pada sidang akhbar pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.
Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.
Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.
Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.