ADDIS ABABA: Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA).
Lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara disebabkan pertempuran berterusan, kemarau dan faktor pengkompaunan lain, kata UNOCHA dalam kemas kini pada Isnin. Ia berkata angka itu mewakili kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di wilayah itu bagi tahun akademik semasa, lapor Xinhua.
Menurut data daripada UNOCHA, rasa tidak selamat yang berterusan dan kesan konflik Ethiopia Utara selama dua tahun baru-baru ini telah memaksa kira-kira 4,178 sekolah ditutup, membentuk kira-kira 41 peratus daripada jumlah sekolah di rantau itu.
Menyedari bahawa kira-kira 300 sekolah di pelbagai zon di rantau ini rosak dan sekitar 350 sekolah tidak berfungsi kerana konflik dan rasa tidak selamat, UNOCHA berkata beberapa daerah di rantau ini telah menutup sekolah kerana kekurangan bekalan sekolah.
Ia juga berkata kira-kira 1.7 juta kanak-kanak di kawasan itu memerlukan bahan akademik manakala lebih daripada 56,000 guru dan kakitangan pendidikan memerlukan sokongan psikososial.
Pihak berkuasa wilayah kini merancang kurikulum selama enam bulan untuk memulihkan pembelajaran yang hilang. Menurut UNOCHA, program pemberian makanan di sekolah telah menyokong lebih 156,000 pelajar di lapan daerah, namun peningkatan ketara bantuan makanan dan pendidikan masih diperlukan.
Pada Jumaat, UNOCHA dalam kemas kini situasi kemanusiaan Ethiopia terbaru, memberi amaran bahawa keadaan tidak selamat dan kemarau yang berterusan menyebabkan perpindahan dengan peningkatan kelemahan dalam kalangan masyarakat yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
UNOCHA memberi amaran bahawa keadaan tidak selamat dan kemarau yang berterusan menyebabkan perpindahan dengan peningkatan kelemahan dalam kalangan masyarakat yang terjejas. - Gambar/ AP
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
30 pelarian maut kerana kelaparan, malnutrisi di wilayah Gambella, Ethiopia
Gambella menerima hampir 400,000 pelarian pada akhir Ogos namun bantuan makanan telah dihentikan sejak Mei di sebahagian kem pelarian di situ.
41 juta penduduk dunia di ambang kebuluran - Program Makanan Sedunia
Analisis WFP baru-baru ini menunjukkan seramai 41 juta orang di 43 negara kini diancam risiko kebuluran.
Dari Haile Selassie ke Abiy Ahmed Alie
Ethiopia dahulu terkenal dengan Maharaja Haile Selassie, kini Hadiah Nobel Keamanan digenggam Perdana Menterinya Abiy Ahmed Alie.
46 migran lemas dalam cubaan menyeberangi Teluk Aden
46 migran termasuk sembilan wanita dari Ethiopia mati lemas ketika cuba menyeberangi Teluk Aden dan kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di perairan tersebut.