SHAH ALAM : Dasar luar negara yang tidak jelas berupaya menggugat kestabilan geopolitik dan memberi kesan buruk terhadap kedaulatan Malaysia.
Pensyarah School of law and Governance Universiti Taylor, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata, menerusi beberapa kertas kajian yang dibuat mendapati undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.
Menurutnya, negara seperti Jordan merupakan contoh terbaik kerana ketegasan dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin walaupun terdapat pergolakan politik berlaku di rantau Asia Barat.
“Kalau dasar luar negara kita sangat rapuh sesiapa pun boleh masuk ke dalam Malaysia dan tidak mustahil rakyat kita menjadi seperti Palestin di mana orang asing masuk dan menduduki negara mereka.
“Semua isu ini apabila dibuat kajian kita dapati betapa rapuhnya dasar luar Malaysia dan kita tidak bersedia menghadapi konflik seperti ini terutama isu melibatkan tuntutan Laut China Selatan oleh beberapa pihak luar.
“Kita rasa Malaysia akan aman tetapi dengan permainan geopolitik sekarang ini sangat kejam dan cepat. Tidak mustahil apa yang mereka rasa aman tadi itu tidak akan aman lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Turut hadir, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Dr Azmi Hassan dan Pensyarah School of law and Pemerhati Politik Antarabangsa, Nasaie Ismail sebagai panelis.
Dalam pada itu, menurut Saidatul Nadia, walaupun kebanyakan negara mempunyai pendapat berbeza mengenai konflik yang berlaku antara Iran dan Israel, namun perbezaan pendapat dari setiap rantau di Asia Tenggara menyebabkan isu tersebut tidak dapat disuarakan di peringkat dunia.
Tambah beliau, Malaysia, Indonesia dan Brunei antara yang giat mengecam dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman yang dilakukan rejim Israel terhadap penduduk Gaza.
“Konteks negara di rantau Asia Tenggara tidak sama seperti Kesatuan Eropah di mana kita jarang mendapat satu suara yang sama.
“Tetapi berbeza pula seperti Thailand, Laos dan Kemboja yang tidak kisah dengan konflik yang berlaku lebih-lebih lagi isu kedaulatan dan keselamatan yang mana masing-masing mempunyai pendirian berbeza,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 16 2024

Saidatul Nadia (tengah) berkata, menerusi beberapa kertas kajian yang dibuat mendapati undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah. - Gambar SINAR HARIAN

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei puji angkatan tentera negara itu atas "kejayaan" mereka selepas Tehran melancarkan serangan ke atas Israel.

Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.

14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."

Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.

Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Kajian mendapati, undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.

Kabinet Perang Israel tangguh mesyuarat ketiga mengenai serangan Iran
Sesi Kabinet Perang yang dijadualkan pada Selasa telah ditangguhkan sehingga Rabu, tanpa sebarang alasan diberikan.

Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang
Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau keadaan itu di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.

Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.