KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) sehingga 26%.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, unjuran pengurangan 26% pendapatan Malaysia Airports bagi setahun penuh 2024 berdasarkan senario terburuk dengan penumpang dari Asia Barat terhenti sama sekali akibat konflik yang berlaku.
Firma itu yang menganalisis kesan ketegangan di Asia Barat kepada sektor penerbangan Malaysia berkata, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat juga memberi risiko kepada harga sasaran (TP) sesaham Malaysia Airports dengan dipotong 26% menjadi RM6.61.
"Sebagai pengendali lapangan terbang, sudah pasti Malaysia Airports tidak perlu takut dengan harga bahan api pesawat yang lebih tinggi.
"Walau bagaimanapun, kami bimbang jumlah trafik ke dan dari Asia Barat akan memberi kesan kepada operasi Malaysia Airports di Malaysia dan Turki," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Jelas Maybank IB, unjuran ini dibuat berdasarkan statistik 2019 kerana Malaysia Airports belum mengeluarkan statistik lapangan terbang 2023 yang memperincikan jumlah trafik dari wilayah Asia Barat.
"Meneliti statistik lapangan terbang 2019 (prapandemik), trafik penumpang ke dan dari Asia Barat menyumbang 7% daripada trafik penumpang antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 28% daripada trafik penumpang antarabangsa di Istanbul Sabiha Gokcen (Rajah 1).
"Di bawah senario terburuk di mana semua trafik penumpang dari Asia Barat berhenti, kami menganggarkan bahawa pendapatan Malaysia Airports akan dipotong sebanyak 26% pada asas setahun penuh dan DCF-TP kami akan dipotong kepada MYR6.61 (-26%)," jelasnya.
Sementara itu, kata Maybank, kebimbangan utama mereka kepada Capital A dan AirAsia X ialah harga minyak pesawat yang tinggi susulan konflik Asia Barat.
"Kami menganggarkan setiap kenaikan AS$1 setong bagi harga bahan api jet akan meningkatkan/merendahkan anggaran kerugian/keuntungan bersih teras sebanyak RM50 juta (Capital A) dan mengurangkan SOP-TP (harga sasaran) kami sebanyak 3 sen sesaham," katanya.
Bagi AirAsia X, setiap kenaikan AS$1 setong bagi harga bahan api jet diunjur akan mengurangkan untung bersih sebanyak RM14 juta.
Kata firma itu, ketika ini harga bahan api pesawat masih dalam unjuran sebanyak AS$105/setong.
"Bagaimanapun, kami berpendapat bahawa Capital A (AirAsia) boleh 'memindahkan' kos bahan api yang lebih tinggi kepada penumpang memandangkan MYAirline telah menggantung operasi pada Oktober 2023.
"Setakat ini, AirAsia Malaysia yang menyumbang lebih 80% kepada pendapatan kumpulan telah dapat mengenakan tambang yang lebih tinggi tanpa menjejaskan faktor muatan," ujarnya.- Dagang News
Dagang News
Wed Apr 17 2024

Statistik 2019 menunjukkan trafik penumpang ke dan dari Asia Barat menyumbang 7% daripada trafik penumpang antarabangsa di KLIA. - Gambar/ Dagang News
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Iran telah pamer kekuatannya kepada Israel - Ayatollah Ali Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei puji angkatan tentera negara itu atas "kejayaan" mereka selepas Tehran melancarkan serangan ke atas Israel.

Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.

14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."

Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.

Konflik Iran-Israel: Dasar luar negara tidak jelas gugat kestabilan geopolitik
Kajian mendapati, undang-undang yang terlalu rapuh mengakibatkan pencerobohan kuasa luar boleh berlaku dengan mudah.

Kabinet Perang Israel tangguh mesyuarat ketiga mengenai serangan Iran
Sesi Kabinet Perang yang dijadualkan pada Selasa telah ditangguhkan sehingga Rabu, tanpa sebarang alasan diberikan.

Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang
Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau keadaan itu di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.

Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.