PUTRAJAYA: Setakat ini tidak ada keperluan mendesak untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Lubnan, Jordan dan Iran berikutan konflik Iran-Israel, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Di Iran terdapat 38 orang (rakyat Malaysia) termasuk petugas kedutaan, manakala di Jordan kebanyakan adalah pelajar... ada 2,000 hingga 3,000 orang dan (mereka) tiada apa-apa masalah.
"Di Lubnan ada lebih 800 orang dan kebanyakkan adalah tentera pengaman, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil). Jadi, tiada ada masalah mendesak setakat hari ini untuk kita bawa balik warga kita dari Jordan, Lubnan dan Iran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Wisma Putra di sini hari ini.
Mengulas konflik Israel-Iran Mohamad berkata beliau berharap konflik dua negara itu dapat diredakan kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada dunia.
Beliau berkata konflik berkenaan sewajarnya tidak dijadikan alasan untuk Malaysia serta negara lain hilang fokus daripada melaksanakan usaha membela nasib rakyat Palestin yang ditindas.
"Isu Palestin mesti terus diperjuangkan iaitu kekejamam yang dilakukan terhadap rakyat Palestin yang telah tertindas, dibunuh dan kampung halaman dirampas lebih 75 tahun," katanya.
Sementara itu merujuk kepada kejadian banjir buruk di Dubai, Mohamad berkata tiada rakyat Malaysia terjejas dalam bencana banjir terburuk yang melanda bandar itu dalam tempoh 75 tahun.
"Kita harap Emiriah Arab Bersatu (UAE) dapat pulih kembali, khususnya sistem di lapangan terbang. Konsulat di Dubai sentiasa berhubung dengan Wisma Putra dan tiada rakyat Malaysia terjejas ekoran bencana itu," katanya.
Menurut laporan media, UAE menerima taburan hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun, sehingga mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan negara itu terutamanya Dubai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Mohamad (foto) berkata Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan MKN. -Gambar fail/Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Iktiraf penuh Palestin sebagai negara merdeka, ahli PBB langkah pertama bebas daripada Zionis
Langkah mengiktiraf penuh Palestin sebagai sebuah negara merdeka perkara asas terpenting dalam usaha membebaskan rakyat negara itu daripada cengkaman rejim Zionis .

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"