PETALING JAYA: Penugasan Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) di Lubnan selama setahun bermula 27 Okt 2022 berdepan dengan cabaran susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata konflik itu memberi kesan kepada aspek keselamatan di Selatan Lubnan selain turut menjejaskan pengoperasian pasukan Malbatt 850-10.
Mohammad berkata anggota dan pegawai yang terlibat dalam misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) itu melalui pengalaman menyaksikan dan mendengar letupan roket, artileri, mortar dan serangan pesawat udara.
"Situasi itu merupakan pengalaman berharga untuk dikenang sepanjang hayat dan ia juga harus menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara supaya keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi ini terus terpelihara dan terjamin.
"Kepulangan hari ini telah membawa kejayaan serta mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pengorbanan, jasa dan bakti yang dicurahkan amatlah disanjung tinggi dan dihargai," katanya pada Majlis Penerimaan Kumpulan Terakhir Malbatt 850-10 di Pangkalan Udara Subang dekat sini hari ini.
Berkongsi pengalaman, Ketua Kontinjen Malbatt 850-10 Kolonel Mohd Rizman Ramli berkata walaupun konflik peperangan itu memberi kesan kepada operasi dan pergerakan, ia tidak menjejaskan moral dan semangat anggota MALBATT 850-10.
"Aktiviti operasi seperti pergerakan keluar ronda kenderaan agak terkesan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada situasi semasa di Lubnan. Sekiranya berlaku serangan di kawasan sempadan Israel-Lubnan, kami diarahkan untuk kekal di dalam kem dan melaksanakan kerja pentadbiran sahaja," katanya.
Beliau berkata jarak antara kem dengan sempadan terbabit yang hanya 25 kilometer menyebabkan anggota misi berkenaan dapat mendengar bunyi letupan artileri dan serangan udara di kawasan itu.
Sementara itu, Laskar Udara I (W) Nur Ameylya Natasha Asral, 24, menyifatkan penugasan pertama di luar negara dan melalui krisis peperangan itu merupakan pengalaman berharga kepada dirinya.
Krisis peperangan itu, katanya mendatangkan perasaan bimbang terhadap keselamatan diri, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan tugas pengaman.
"Bila dengar letupan itu (saya) rasa risau dan terfikirkan ahli keluarga tetapi kerana ada tanggungjawab yang lebih besar (saya) teruskan kerja macam biasa," katanya yang merupakan anggota termuda menyertai misi berkenaan.
Nur Ameylya Natasha berkata setahun bersama pasukan Malbatt di Lubnan memberikan pengalaman manis selain dapat mempelajari budaya serta kehidupan penduduk di negara itu.
Kontinjen Malbatt 850-10 yang dianggotai 854 anggota dan pegawai memulakan misi UNIFIL di Lubnan pada 27 Okt 2022 dan berakhir 14 Nov lepas dengan ditempatkan di Kem Ma'rakah dan Kem Tibnin serta di bawah kawalan operasi Sektor Barat UNIFIL.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Mohammad Ab Rahman berkata konflik itu memberi kesan kepada aspek keselamatan di Selatan Lubnan selain turut menjejaskan pengoperasian pasukan Malbatt 850-10. - Gambar Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Konflik Israel-Palestin: Malbatt 850-10 berdepan cabaran ketika bertugas di Lubnan
Penugasan Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) di Lubnan selama setahun bermula 27 Okt 2022 berdepan dengan cabaran susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.