PETALING JAYA: Penugasan Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) di Lubnan selama setahun bermula 27 Okt 2022 berdepan dengan cabaran susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata konflik itu memberi kesan kepada aspek keselamatan di Selatan Lubnan selain turut menjejaskan pengoperasian pasukan Malbatt 850-10.
Mohammad berkata anggota dan pegawai yang terlibat dalam misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) itu melalui pengalaman menyaksikan dan mendengar letupan roket, artileri, mortar dan serangan pesawat udara.
"Situasi itu merupakan pengalaman berharga untuk dikenang sepanjang hayat dan ia juga harus menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara supaya keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi ini terus terpelihara dan terjamin.
"Kepulangan hari ini telah membawa kejayaan serta mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pengorbanan, jasa dan bakti yang dicurahkan amatlah disanjung tinggi dan dihargai," katanya pada Majlis Penerimaan Kumpulan Terakhir Malbatt 850-10 di Pangkalan Udara Subang dekat sini hari ini.
Berkongsi pengalaman, Ketua Kontinjen Malbatt 850-10 Kolonel Mohd Rizman Ramli berkata walaupun konflik peperangan itu memberi kesan kepada operasi dan pergerakan, ia tidak menjejaskan moral dan semangat anggota MALBATT 850-10.
"Aktiviti operasi seperti pergerakan keluar ronda kenderaan agak terkesan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada situasi semasa di Lubnan. Sekiranya berlaku serangan di kawasan sempadan Israel-Lubnan, kami diarahkan untuk kekal di dalam kem dan melaksanakan kerja pentadbiran sahaja," katanya.
Beliau berkata jarak antara kem dengan sempadan terbabit yang hanya 25 kilometer menyebabkan anggota misi berkenaan dapat mendengar bunyi letupan artileri dan serangan udara di kawasan itu.
Sementara itu, Laskar Udara I (W) Nur Ameylya Natasha Asral, 24, menyifatkan penugasan pertama di luar negara dan melalui krisis peperangan itu merupakan pengalaman berharga kepada dirinya.
Krisis peperangan itu, katanya mendatangkan perasaan bimbang terhadap keselamatan diri, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan tugas pengaman.
"Bila dengar letupan itu (saya) rasa risau dan terfikirkan ahli keluarga tetapi kerana ada tanggungjawab yang lebih besar (saya) teruskan kerja macam biasa," katanya yang merupakan anggota termuda menyertai misi berkenaan.
Nur Ameylya Natasha berkata setahun bersama pasukan Malbatt di Lubnan memberikan pengalaman manis selain dapat mempelajari budaya serta kehidupan penduduk di negara itu.
Kontinjen Malbatt 850-10 yang dianggotai 854 anggota dan pegawai memulakan misi UNIFIL di Lubnan pada 27 Okt 2022 dan berakhir 14 Nov lepas dengan ditempatkan di Kem Ma'rakah dan Kem Tibnin serta di bawah kawalan operasi Sektor Barat UNIFIL.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Mohammad Ab Rahman berkata konflik itu memberi kesan kepada aspek keselamatan di Selatan Lubnan selain turut menjejaskan pengoperasian pasukan Malbatt 850-10. - Gambar Bernama
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
Ribuan turun protes lantikan Trump sebagai presiden
Ribuan orang berkumpul di Washington pada hari Sabtu untuk memprotes pelantikan Presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump, bagi penggal kedua.
Konflik Israel-Palestin: Malbatt 850-10 berdepan cabaran ketika bertugas di Lubnan
Penugasan Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) di Lubnan selama setahun bermula 27 Okt 2022 berdepan dengan cabaran susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.