Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab susulan insiden parapet atau panel konkrit tembok sisi jambatan, terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai, dengan tindakan tegas akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dibuat.
Pada masa sama beliau turut mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya segera melaksanakan audit menyeluruh berkaitan kerja-kerja melibatkan keselamatan awam.
BACA: Wanita nyaris maut bongkah konkrit jatuh atas kereta
BACA: Konkrit hempap kereta: Kerja pembinaan SUKE dihenti serta-merta
"Bagi KKR, isu keselamatan di tempat kerja amat penting diambil perhatian dan dipatuhi oleh setiap pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan. Mereka bukan sekadar perlu tahu dan faham sahaja, tetapi perlu mengimplikasi sepenuhnya sebelum, semasa dan selepas pembinaan.
"Kejadian parapet yang jatuh menimpa kenderaan awam semalam dapat dielakkan jika semua pihak terlibat mematuhi sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut garis panduan kerja yang diluluskan dan mematuhi spesifikasi dan kontrak," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang dipandunya di MRR2 mengakibatkan kereta berkenaan remuk dan wanita terbabit cedera pada tangan kirinya.
Menurut Fadillah, pihak pemaju utama MRCB Builders mengambil tindakan segera dengan memberi Arahan Memberhenti Kerja kepada subkontraktor (Makna Setia Sdn Bhd) serta menutup lokasi kejadian bagi tujuan siasatan.
Katanya, pasukan Emergency Response Team (ERT) SUKE berada di tempat kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding parapet serta kereta terlibat, manakala pihak pemaju pula memeriksa semua tembok parapet, menyemak semula dokumen Prosedur Kerja Selamat dan Kaedah Kerja Pemasangan Tembok Parapet.
Dalam pada itu, Fadillah menjelaskan atas arahan bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), semua besi permulaan hendaklah dikimpal dengan besi parapet secepat mungkin dan kerja-kerja pengukuhan kedudukan tembok parapet selesai pada 5 pagi tadi.
"Pihak LLM/KKR kini melaksanakan semakan keselamatan dan tindakan akan diambil untuk menyemak perlaksanaan tanggungjawab di semua peringkat sama ada di peringkat pemantauan, kualiti, reka bentuk dan metodologi kerja.
"KKR memberi amaran bahawa semua pihak terlibat dalam kerja-kerja pembinaan perlu mematuhi semua proses, prosedur, spesifikasi dan kontrak kerja yang ditetapkan di tapak bina tanpa sebarang kompromi," katanya.
Beliau berkata susulan insiden semalam, beberapa arahan lain turut dikeluarkan antaranya LLM dan Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (PROLINTAS) perlu meneliti semula kaedah reka bentuk paling sesuai melibatkan struktur bagi meminimumkan risiko kepada orang awam dan pekerja.
Terdahulu hari ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim dalam kenyataan memaklumkan JKKP mengarahkan kerja-kerja pemasangan dinding parapet SUKE dihentikan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 20 2020

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.

Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah
Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030.