Seorang gadis melalui detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki yang pada awalnya menawarkan bantuan untuk menukar tayar keretanya yang pancit ketika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), pada Selasa.
Ketika kejadian, Maisarah (bukan nama sebenar), 20, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Rawang menuju Glenmarie, Shah Alam untuk memulakan kerja di hari pertamanya.
Bagaimanapun, tayar keretanya pancit dan memaksanya memberhentikan kenderaan di bahu jalan, kira-kira pukul 7 pagi.
Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an memberhentikan motosikalnya menawarkan bantuan menukar tayar kereta Maisarah.
Melihat air mukanya yang ikhlas mahu membantu, Maisarah tanpa ragu-ragu menerima pelawaan lelaki berkenaan.
Namun begitu, kata Maisarah, keikhlasan itu tidak lama apabila lelaki itu mula menunjukkan belang.
“Ketika berusaha menukar tayar, terdapat satu skru yang sukar dibuka. Lelaki itu menyuruh saya menghubungi pasukan peronda dan ketika menunggu bantuan, dia minta tumpang duduk dalam kereta kerana cuaca panas di luar.
"Saya benarkan (dia duduk dalam kereta) dan saya mahu berdiri di luar, namun tiba-tiba lelaki itu tarik tangan saya masuk dalam kereta dan kunci pintu,” kata Maisarah berkongsi detik-detik cemas yang dilaluinya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Menurut Maisara, sekalipun cemas dan ketakutan, namun dia tidak menunjukkannya kerana bimbang lelaki berkenaan akan bertindak lebih ganas.
“Saya pura-pura ‘cool’ dan sibuk dengan telefon tetapi tangan lelaki itu merayap di paha, saya tepis, namun tidak dapat melawan. Syukur tidak lama kemudian pasukan peronda tiba,” katanya.
Maisarah juga cuba untuk memaklumkan kepada petugas peronda lebuhraya mengenai kejadian berkenaan, namun lelaki itu menghalangnya beberapa kali.
Ketakutan Maisarah juga tidak terhenti di situ apabila lelaki berkenaan enggan beredar walaupun selepas petugas peronda selesai menukar tayar keretanya.
“Saya segera masuk dalam kereta tetapi lelaki itu masuk sekali, dia bertindak lebih ganas dengan menarik lengan saya dan cuba mencium saya malah membuka butang baju kemeja saya di bahagian atas.
"Ketika itu dalam keadaan yang meronta-ronta saya menjerit sekuat hati menyuruh dia keluar.
“Apabila saya jerit begitu, lelaki itu terus berhenti tetapi minta dicium jika mahu dia keluar, saya bertambah marah dan sekali lagi menjerit ke arahnya sebelum dia keluar,” cerita Maisarah lagi.
Sebelum beredar, Maisarah sempat menjerit kepada lelaki itu mempersoalkan keikhlasannya untuk menolong menukar tayar kereta.
“Saya jerit cakap ingatkan ikhlas nak tolong tukar tayar kalau ikhlas kenapa nak kena raba-raba?! Lelaki itu membalas ‘iyalah, sayakan lelaki’,” katanya. lagi
Maisarah kemudian bergegas ke balai polis Sungai Buloh untuk membuat laporan mengenai kejadian yang dialaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
“Polis sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi.
Afiezy Azaman
Wed Jul 24 2019

Wajah suspek yang dirakamkan oleh Maisarah menerusi telefon bimbitnya. Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan untuk dirakamkan keterangannya.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Konon ikhlas tolong tukar tayar, rupanya nak meraba
Seorang gadis melalui detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki yang pada awalnya menawarkan bantuan untuk menukar tayar keretanya yang pancit.

Bank lesap RM130,000 dalam 5 minit
Sebuah bank di Glenmarie, Shah Alam rugi RM130,000 selepas dirompak seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol automatik.

Tuntut wang miliknya dikembalikan segera, Awal Ashaari kesal ditipu ...
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari mengakui kesal apabila dirinya ditipu oleh seorang pengurus artis.

Golf EurAsia Cup 2018: Asia vs Eropah, juara milik siapa?
Edisi ketiga EurAsia Cup di Kelab Golf dan Country Glenmarie menyaksikan pasukan Eropah turun mempertahankan kejuaraan manakala Asia yakin merampas mahkota tahun ini.
Fotofit tiga suspek kes samun Glenmarie diedar
Polis Selangor hari ini mengedarkan fotofit tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun dan melarikan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu bekas pegawai kanan polis di Glenmarie