PADANG BESAR: Pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis menguna kaedah konservasi terbuka di Hutan Simpan Kekal (HSK) bukan hanya dapat melindungi dan memulihara flora dan fauna tetapi pada masa yang sama mengajak orang ramai terlibat sama dalam menjaga khazanah alam itu.
Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata usaha pemuliharaan dengan memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat agar mereka lebih mengenali habitat dan hidupan liar yang terdapat di HSK.
"Dengan kaedah ini orang ramai dapat memahami batas-batas yang perlu dijaga ketika berada di HSK bagi mengelak berlaku konflik antara manusia dan hidupan liar," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata kaedah yang diguna di Perlis agak unik iaitu menggunakan konsep konservasi terbuka dan bukan melindungi dan memulihara hidupan liar dalam bentuk 'kandang', kerana hidupan liar memerlukan tempat yang bebas untuk meneruskan kehidupan di habitat asalnya.
Ag Shaffie berkata Perlis kini mempunyai HSK seluas 10,869.74 hektar bermula dari sempadan Malaysia-Thailand hingga ke Kuala Perlis dengan 90 peratus daripadanya adalah banjaran batu kapur, dan ia meliputi 13 peratus daripada keluasan negeri Perlis iaitu Mata Ayer, Wang Mu, Bukit Bintang, Kurong Batang dan Bukit Papan.
Katanya HSK juga diwartakan sebagai taman negeri, kawasan perlindungan hidupan liar, kawasan pembelajaran dan kawasan tadahan air pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Ag Shaffie berkata usaha pemuliharaan dengan memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat agar mereka lebih mengenali habitat dan hidupan liar yang terdapat di HSK. - Foto Twitter/@jpsmofficial
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Perak akan terima pakai pindaan Akta Perhutanan Negara - MB
Saarani berkata, pihaknya akan memastikan jabatan dan agensi kerajaan negeri bekerjasama dengan Persekutuan bagi merealisasikan hasrat itu.
Terdapat kelemahan pengurusan aktiviti 40 hutan simpan kekal di Selangor - LKAN
Laporan Ketua Audit Negara mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak Kepada Alam Sekitar mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti melibatkan 40 daripada 76 HSK di Selangor.
Ladang Hutan Kledang Saiong: Saarani sudah sembah maklum kepada Sultan Perak
Kerajaan negeri menjelaskan pelaksanaan pembangunan ladang hutan di kawasan seluas lebih 4,000 hektar itu dijalankan secara berhemah dan mengikut peraturan.
Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara
Penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.
SPRM masih siasat dakwaan ceroboh balak di HSK Nenggiri
Suruhanjaya tersebut kini sedang meneliti maklumat berkenaan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
Aktiviti pendakian di HSK Selangor dibenar mulai Februari
Hee Loy Sian berkata, larangan mendaki akan tamat pada 31 Januari.
Hutan Simpan Kekal baharu diwarta di Mukim Petaling
Hutan Simpan Sungai Besi (Tambahan) itu bagi menggantikan HS Bukit Sungei Puteh, Mukim Cheras seluas 7.48 hektar yang diwarta keluar.
Ceroboh Hutan Simpanan Kekal, 11 peserta pemanduan lasak ditahan
Mereka yang ditahan sekitar pukul 1 pagi di Hutan Simpan Amanjaya itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita.
Warta semula HSKLU bukti pentadbiran responsif, berakauntabiliti - Najwan
Keputusan mewartakan semula HSKLU membuktikan pentadbiran yang bersifat responsif, cakna, berakauntabiliti dan tata kelola yang tinggi.