ALOR SETAR: Konsep mesra pelabur yang diamalkan kerajaan Kedah memberi impak yang cukup besar dalam menarik pelaburan yang begitu tinggi ke negeri itu sejak tiga tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata menerusi konsep itu, Kedah mencapai nilai pelaburan mengatasi sasaran tahunan RM10 bilion bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2021.
"Kerajaan negeri komited untuk memudah cara sebarang urusan di bawah kuasanya dalam setiap proses yang perlu dijalani oleh pelabur. Meskipun tertakluk kepada prosedur dan peraturan sedia ada, kerajaan negeri menerusi agensinya seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengamalkan konsep mesra pelabur.
"Ini bagi mempermudah urusan sekali gus menjimatkan masa dan kos pelabur, asalkan semua peraturan dipatuhi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Kedah pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, Muhammad Sanusi mengetuai delegasi pelaburan Kedah berkunjung ke Greennovo Enviromental Technology Co Ltd di Gejiu City, wilayah Yunnan, China, semalam.
Greennovo ialah pengeluar produk berasaskan keluli daripada jenis zink dan mempunyai lebih 20 kilang di serata dunia antaranya di Mesir, Vietnam, Laos dan Thailand, tambah kenyataan itu.
Di Malaysia, Greennovo melalui syarikat kerjasama, Xin Sheng Environmental (M) Sdn Bhd menjalankan aktiviti pengeluaran produk zinc oxide recovery di Kawasan Perindustrian Padang Meha, Kulim di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Muhammad Sanusi berkata menerusi konsep mesra pelabur, Kedah mencapai nilai pelaburan mengatasi sasaran tahunan RM10 bilion bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2021. - Gambar fail/Sinar Harian

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Kelemahan mental punca beregu pelapis lelaki tersingkir awal - Herry
"Saya perlukan masa untuk ubah sedikit cara mereka bermain. Kalau tengok pada latihan memang tunjuk peningkatan namun ia berbeza semasa bertanding."

Hanya pengamal perubatan berkelayakan dibenar diagnosis penyakit mental
Pengamal perubatan berkenaan termasuk pakar psikiatri dan pegawai perubatan yang kompeten dalam menilai keadaan psikologi pesakit.

Kes lupus e-sisa haram: SPRM sita 61 akaun bank dengan nilai RM15 juta
SPRM turut melakukan tangkapan terhadap 26 individu, termasuk pemilik dan pengarah syarikat serta pegawai penguat kuasa.
Elakkan jualan panik dalam ketidaktentuan pasaran
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, jualan panik oleh pelabur sering didorong oleh emosi dan bukannya analisis rasional. Pelabur perlu menilai kekuatan syarikat berdasarkan faktor seperti pertumbuhan pendapatan, model perniagaan yang berdaya tahan dan prospek jangka panjang.
Pemuda PAS bantah, dakwa hak pemilik terabai
Pemuda PAS Malaysia membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kerana mendakwa perubahan nilai ambang kelulusan projek boleh menafikan hak golongan minoriti.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, menjelaskan bahawa ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus boleh menyebabkan pemilik minoriti terpinggir.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, menjelaskan bahawa ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus boleh menyebabkan pemilik minoriti terpinggir.

Sektor automotif Malaysia beralih kepada pertumbuhan e-mobiliti - Tengku Zafrul
Malaysia menyasarkan untuk menerajui rantau ini dalam teknologi mobiliti pintar dan cekap tenaga, dengan penekanan kepada R&D dan kerjasama global.

Konsep mesra pelabur beri impak besar kepada Kedah - MB Kedah
Konsep mesra pelabur yang diamalkan kerajaan Kedah memberi impak yang cukup besar dalam menarik pelaburan yang begitu tinggi ke negeri itu.