PUTRAJAYA: Konsep Payung Rahmah diperluaskan dengan pengenalan inisiatif Ihsan Rahmah melibatkan penyertaan pihak swasta dan industri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata melalui inisiatif berkenaan, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai.
Menurutnya kerajaan bersetuju Konsep Payung Rahmah pada 2024 bukan hanya di peringkat kerajaan sahaja, tetapi juga dibuka ruang kepada pihak swasta dan industri untuk memperkenalkan program sendiri dengan berpandukan garis panduan pelaksanaan Konsep Payung Rahmah.
"Ia merupakan permintaan daripada pihak swasta dan industri yang berminat untuk perkenal inisiatif berbentuk ihsan kepada masyarakat dan kakitangan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.
Armizan berkata penyertaan pihak swasta dan industri itu berupaya memastikan agenda kerajaan dalam menangani cabaran kos sara hidup dapat memanfaatkan seluruh rakyat negara ini.
"Untuk tahun ini, peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan program Payung Rahmah, tetapi untuk mencakupi lebih 30 juta rakyat pastinya mustahil. Sebab itu kita buka penyertaan kepada pihak swasta dan industri," katanya.
Pada 2023, KPDN telah melaksanakan lima inisiatif di bawah Konsep Payung Rahmah iaitu Program Jualan Rahmah (PJR), Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah.
Mengenai PJR yang diperkenalkan Januari tahun lepas, Armizan berkata takwim PJR dimuat naik di portal rasmi KPDN https://www.kpdn.gov.my bagi membolehkan rakyat mengetahui tarikh dan lokasi PJR lebih awal.
"Kita juga bersetuju untuk tawarkan barangan basah di PJR, anjur Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) pada musim perayaan dan memperluaskan bazar Ramadan," katanya mengenai penambahbaikan PJR.
Sementara itu, Armizan berkata KPDN akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pengisian penuh terhadap perjawatan sedia ada untuk penguat kuasa.
Beliau berkata ketika ini jumlah anggota penguat kuasa KPDN sebanyak 2,200 orang di seluruh negara dan bilangan itu masih tidak mencukupi.
"Kita (KPDN) mohon JPA untuk benarkan kita buat pengisian penuh perjawatan sedia ada dalam waran. Kita bukan mohon untuk perjawatan baharu," katanya.
Armizan berkata sudah tiba masanya bilangan anggota penguat kuasa KPDN itu ditambah berdasarkan keadaan semasa serta mengambil kira faktor skop tugasan yang semakin meluas terutama apabila subsidi bersasar dilaksanakan tahun ini.
"Bahagian Penguatkuasa KPDN ini bertanggungjawab untuk menguatkuasakan 12 akta yang ada di bawah KPDN. Ini tanggungjawab yang besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Armizan (foto) berkata melalui inisiatif itu, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai. -Gambar fail

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Brittany Renner kekal istiqamah selepas 7 bulan peluk Islam, syukur dapat bertemu Ramadan
Dia kini lebih istiqamah dan terus memegang ajaran Islam dengan baik dan kelihatan selesa mengenakan hijab sebagai pakaian harian.

MoU peruntukan pembangkang Kerajaan Madani mengekang, tidak transformatif - Bersatu
Memorandum persefahaman (MoU) yang ditawarkan Kerajaan Madani disifatkan sebagai mengekang dan tidak bersifat transformatif atau reformatif.
ASEAN 2025 | 11 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Fauzi Zin membawa tumpuan berikut:
1. Indonesia dan Vietnam tingkatkan kerjasama pelbagai sektor
2. Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand
3. Brunei berjaya kurangkan pengeluaran gas rumah hijau 15 peratus
1. Indonesia dan Vietnam tingkatkan kerjasama pelbagai sektor
2. Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand
3. Brunei berjaya kurangkan pengeluaran gas rumah hijau 15 peratus

Anak sempat main kejar-kejar dengan Zayn Rayyan sebelum hilang - Saksi
Nor Zaini memaklumkan anaknya yang berusia 10 tahun bermain kejar-kejar dengan Zayn Rayyan di Blok R sementara menunggu ketibaan van sekolah.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.
NBC, UPI lancar fasa kedua pembayaran kod QR rentas sempadan
Bank Negara Kemboja (NBC) dan UnionPay International (UPI) pada Isnin melancarkan fasa kedua pembayaran kod QR rentas sempadan.
CCTV dikuasakan AI jamin keselamatan pelancong
CCTV ini membolehkan tindak balas lebih rapi daripada pihak berkuasa terhadap sebarang insiden yang mungkin berlaku.
Indonesia akan bina loji penapisan minyak berkapasiti besar
Kerajaan Indonesia merancang membina loji penapisan minyak dengan kapasiti satu juta tong sehari di beberapa lokasi.
Bangkok sertai Earth Hour 2025
Bangkok akan menyertai jutaan penduduk di seluruh dunia dalam satu usaha simbolik menangani perubahan iklim semasa, Earth Hour 2025 pada Sabtu ini.

KPDN lancar Ops Campur, 300 kampit beras dirampas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pengilang serta pembungkus beras import ber

KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
Ini termasuk kesalahan melakukan penyelewengan penjualan beras dengan menukar bungkusan atau label beras yang boleh mengelirukan pengguna.

Kerajaan pertimbang insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol - KPDN
Kerajaan mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Tiada siasatan kartel beras dibuka - MyCC
Iskandar berkata, menteri telah menyatakan di Parlimen bahawa tidak timbul isu atau amalan persekongkolan bidaan dalam industri beras dan padi negara.

Kajian beras MyCC dapati tiada elemen bertentangan undang-undang persaingan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata kajian am itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.