KUALA LUMPUR: Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Konsert amal anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu menyaksikan persembahan bertenaga daripada beberapa artis ternama tanah air, antaranya Datuk Khadijah Ibrahim, Rahimah Rahim, Datuk Ramli Sarip dan Datuk Awie.
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata konsert makan malam amal itu bertujuan mengumpul dana dan membantu penggiat seni veteran yang berdepan kesulitan hidup, termasuk uzur dan hilang upaya, yang memerlukan bantuan secara konsisten.
"... saya belum dapat jumlah yang tepat, namun saya pasti kutipan hari ini melebihi sasaran selepas semua 100 meja terjual... saya amat berterima kasih kerana sambutan yang diterima cukup hebat dan di luar jangkaan.
"Ini adalah konsert pertama Karyawan sejak penularan COVID-19 di negara kita... ditambah pula barisan penyanyi mantap menyebabkan ramai hadir menunjukkan sokongan, memastikan nasib penggiat seni dapat dibela ," katanya kepada pemberita selepas konsert itu.
Selain hasil jualan meja, kutipan juga dikumpul menerusi pembelian produk terbaharu di bawah jenama mi segera tempatan Vit's, iaitu Ramen Asam Laksa yang dilancarkan bersempena dengan konsert amal itu hasil kolaborasi dengan Khadijah.
Persembahan mantap para "otai" dunia hiburan terbabit turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman yang hadir sebagai tetamu. Hadir sama Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon dan isteri.
Tirai konsert dibuka dengan persembahan daripada Harry Kool, Norshila Amin dan Ezlynn menerusi lagu Right Here With Him, Never Enough, Rambu Ramba, One More Valentine dan Hi Hi Bye Bye.
Suasana semakin rancak apabila pentas diambil alih oleh Khadijah yang menyanyikan lagu-lagu popular beliau, antaranya Ku Sangka Siang Kiranya Malam, Potret Kasih, Ku Gembira di Sampingmu dan Ku Pendam Sebuah Duka.
Aura Khadijah sebagai penghibur kekal menyerlah dan berjaya memeriahkan suasana dengan kemantapan vokal beliau serta komunikasi bersahajanya. Bahkan penyanyi yang turut dikenali dengan panggilan "Ibu" ini sempat mengusik dan menari bersama-sama tetamu.
Khadijah turut mendendangkan lagu istimewa Getaran Jiwa yang digubah dan dirakam oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan susunan baharu, berduet dengan cucu Seniman Agung Negara itu, Najua Nasir, sebelum diakhiri dengan lagu Mencintaimu sebagai penghargaan buat tokoh seni tersohor dalam pelbagai bidang yang telah meninggal dunia.
Kemunculan Rahimah Rahim yang mesra disapa Kak Gerl, menggamit memori dan membuai perasaan penonton menerusi untaian klasik, Cabaran Cinta, Semanis Manis Gula dan Gadis dan Bunga.
Penyanyi yang terkenal dengan julukan "Papa Rock", Ramli Sarip mengubah suasana majlis daripada formal kepada sedikit santai apabila mendendangkan lagu puisi Bukan Kerna Nama dan Perjalanan Hidup, sebelum tetamu dibawa menyingkap kenangan silam menerusi lagu Doa Buat Kekasih, hasil paduan suaranya dengan Khadijah.
"Terima kasih kepada anda yang sangat murni beri sokongan kepada mereka yang memerlukan dan jangan berputus asa berdoa... mudah-mudahan Palestin merdeka," katanya.
Suasana menjadi gamat saat Awie muncul di pentas membawakan lagu Layang-Layang Terputus Talinya, Sejati dan Di Penjara Janji yang menguji kemampuan beliau membawakan lagu bernada tinggi sebelum melabuhkan tirai konsert dengan lagu popularnya Terima Kasih.
Persembahan kesemua artis diiringi pemuzik daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Penyanyi lagenda rock tanahair Datuk Ramli Sarip (kanan) dan Datuk Khatijah Ibrahim semasa melakukan persembahan pada Konsert Makan Malam Amal “The Legends“ di Dewan Perdana Felda malam tadi. - Foto Bernama
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Sumbangan syarikat arak untuk konsert amal, bukan kepada sekolah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.
ADUN sifatkan dakwaan gagal lunas bayaran tidak berasas
Cheong tidak menafikan mengenai penyertaan individu bernama Lee Toh Chee @ Lee Wah di dalam pertandingan itu sebagai juri, namun berasa kesal dengan laporan yang dibuatnya tanpa berbincang dahulu.
Warga emas dakwa digertak, dimarahi ADUN
Lee Toh Chee @ Lee Wah, 77, mendakwa dia telah pergi berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut pada September lepas untuk meminta bayaran sebagai juri dalam sebuah konsert amal.