KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert kumpulan rock terkemuka dari United Kingdom, Muse, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Sabtu ini tidak akan menjejaskan proses penggantian rumput padang baharu, Zeon Zoysia, yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi berkata, setakat ini rumput masih belum ditanam manakala permukaan padang SNBJ yang diseliputi pasir akan dilindungi dengan 'pitch cover' sepanjang konsert berjudul Will of The People World Tour 2023 itu berlangsung.
"Tidak terjejas (proses penggantian rumput), bahkan tiada rumput lagi, cuma sistem pengaliran sudah selesai. Setakat ini progres penukaran rumput sudah lebih 50 peratus.
"Selepas tamat konsert Muse, kontraktor akan mula menanam rumput baharu bermula 1 Ogos ini dan memakan masa selama dua minggu," katanya pada sidang media malam penghargaan dan sambutan ulang tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) di sini malam tadi.
Muse yang popular menerusi lagu Time Is Running Out, Supermassive Black Hole dan Starlight pernah menggegarkan Stadium Negara menerusi konsert sulung mereka di Malaysia pada 2007.
Dalam pada itu, Mohd Faidz menjangkakan proses penggantian rumput baharu tersebut dijadual siap sepenuhnya pada hujung September dan seterusnya sempat digunakan untuk penganjuran Pestabola Merdeka, Oktober ini.
Selain Harimau Malaya, Pestabola Merdeka yang kembali dianjurkan selepas 10 tahun menyepi akan melibatkan India, Palestin dan Lubnan selaku pencabar utama skuad kendalian Kim Pan Gon.
Beliau pada masa sama berkata, pembinaan nurseri bersebelahan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil juga turut mencapai tahap kemajuan lebih 50 peratus.
"Sebelum ini, sekiranya padang rosak kita akan betulkan dekat padang sendiri namun selepas ini kita boleh cabut patch yang rosak dan ganti dengan baharu dari nurseri," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kontraktor dalam menentukan waktu yang sesuai untuk padang sedia digunakan selepas proses penggantian rumput berjaya dilaksanakan.
Penanaman rumput Zeon Zoysia sejak April lepas bagi menggantikan jenis Cow Grass sedia ada, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini dengan kos dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta dan ditaja oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
SNBJ sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013) dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015). - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Penganjuran konsert kumpulan rock terkemuka dari United Kingdom, Muse, di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu ini tidak akan menjejaskan proses penggantian rumput padang baharu, Zeon Zoysia, yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Konsert Muse tak jejas proses penggantian rumput padang SNBJ
Setakat ini, rumput masih belum ditanam manakala permukaan padang SNBJ yang diseliputi pasir akan dilindungi dengan 'pitch cover' sepanjang konsert Muse.