SETELAH pihak Showpro Entertainment mengambil keputusan menunda Pesta Muzik Kuantan demi menghormati bulan Ramadan, satu tarikh lain telah ditetapkan dan penganjuran itu dibawakan dengan nama baharu.
Pesta Muzik Kuantan yang kini bertukar nama menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
Konsert yang dinanti-nantikan itu akan lebih dihangatkan dengan kemunculan artis undangan utama iaitu Ratu Rock Malaysia - Ella Aminuddin.
“Memilih Ella sebagai artis undangan utama bukanlah satu keputusan yang susah, bahkan keputusan ini merupakan satu keinginan besar untuk kami menggabungkan legenda Rock Malaysia sendiri bersama legenda kumpulan muzik Rock Indonesia iaitu Ungu di atas pentas yang sama.
"Secara kebetulan juga, ia merupakan konsert di Pantai Timur buat julung kalinya untuk kedua-dua pihak,” ujar Pengarah Urusan Showpro Entertainment, Datuk Sivakumaran Nair.
Tambah beliau, pihaknya ingin mencatat sebuah pengalaman muzik yang bersejarah dan bermakna di Kuantan, sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada para peminat Ungu dan Ella di Pantai Timur yang juga turut ingin menikmati pengalaman konsert yang istimewa ini di negeri mereka sendiri.
"Menganjurkan konsert ini pada bulan Syawal sememangnya akan mengukir sebuah memori yang amat manis lagi indah untuk para artis dan para peminat yang dihormati," katanya yang menambah, selaku penganjur, Showpro Entertainment bertanggungjawab dan peka dengan semua situasi yang berlaku di dalam negara.
Konsert yang bakal berlangsung di di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu turut disertai oleh Ara Johari, Naim Daniel, Eda Ezrin, Aswad Jalil, Achik Asrain dan Den Manjo.
Harga tiket: (Sejauh Mungkin) RM58, (Demi Waktu) RM88, (Cinta Dalam Hati) RM98, (Kekasih Gelapku & Seperti Yang Dulu) RM118, (Gegar) RM128, (VIP B, Numbered Seating) RM388, (VIP A, Numbered Seating), RM448, (MIP, Numbered Seagting), RM628.
Tiket: https://www.ticket2u.com.my
Astro Awani
Fri Mar 29 2024
Pesta Muzik Kuantan yang kini menjadi Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024, akan dilangsungkan pada tarikh 4 Mei 2024.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert
Datuk Ng Suee Lim berkata syor itu antara perkara yang bakal dibincangkan dan diperincikan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu ini.
Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE
Penggantungan penganjuran semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di acara Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem.
Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.
Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton
Memulakan persembahan dengan lagu Imaji dan Kejam, kelunakan suara Aina tidak mengambil masa lama untuk 'merasuk' kira-kira 1,500 penonton.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.