SERENDAH: UMW Holdings Bhd memperoleh kontrak kedua bernilai RM1 bilion daripada syarikat aeroangkasa Rolls-Royce Holdings selepas kontrak pertama diperoleh pada lapan tahun lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kontrak terbaharu itu adalah bagi mengeluarkan selongsong kipas bagi enjin pesawat Trent 1000 dan Trent 7000 milik syarikat British itu.
Menurutnya, UMW Aerospace Sdn Bhd akan melabur sehingga RM65 juta untuk membina kilang baharu yang akan digunakan untuk menghasilkan komponen berkenaan.
Tambah beliau, penganugerahan kontrak itu adalah bukti syarikat global menganggap landskap perindustrian Malaysia adalah stabil dan kondusif untuk rantaian bekalan global mereka.
“Kita kini menyedari betapa pentingnya industri ini. Impak berganda jauh lebih besar daripada industri lain. Kita juga mempunyai kelebihan daya saing dalam sektor ini dan itulah sebabnya kita dapat melihat pertumbuhan dalam industri ini.
“Sudah tentu kita adalah sebahagian daripada rantaian bekalan yang penting pada hari ini tetapi ini tidak mungkin dicapai jika tidak kerana kerja keras antara kerajaan dan sektor swasta dalam merealisasikan peluang ini.
“Saya rasa apa yang penting ialah kita memahami keseluruhan ekosistem dalam industri aeroangkasa kerana keseluruhan rantaian bekalan, semasa kita membina satu komponen rantaian bekalan, (kontrak) komponen lain akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Membuat Lawatan Kerja Ke UMW Aerospace Sdn Bhd di sini pada Isnin.
Tambah Tengku Zafrul, kontrak baharu itu juga selaras dengan aspirasi pelaburan nasional kerajaan yang mengenal pasti aeroangkasa sebagai satu daripada lima sektor sasaran utama untuk meningkatkan profil perindustrian Malaysia.
Jelasnya, ia juga memudahkan proses pemindahan teknologi dan pengetahuan, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.
“Saya mengucapkan tahniah kepada UMW Aerospace kerana memperoleh kontrak utama kedua daripada Rolls-Royce dalam tempoh lapan tahun.
“Wajar juga untuk ambil perhatian bahawa UMW Aerospace akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang membangunkan keupayaan pengilangan kimia untuk industri aeroangkasa, sekali gus mengukuhkan ekosistem aeroangkasa Malaysia,” katanya.
Ridauddin Daud
Mon Apr 10 2023
![Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681122488_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
Tengku Zafril sewaktu mengadakan lawatan kerja Ke UMW Aerospace Sdn Bhd pada Isnin. - Astro AWANI/Shahir Omar
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
![Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824732_TBzafrul.jpg)
Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.
![Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738247281_TengkuZafrulAziz.jpg)
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.
![MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
![Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737267350_TengkuZafrul.jpg)
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
![MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736905907_TengkuZafrulAziz.jpg)
MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.
![MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736845369_TBAnwarIbrahimCE.jpg)
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
![Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736766366_TBMITI.jpg)
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
![Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734499053_TBZAFRUL.jpg)
Hanya 1.6 peratus projek pelaburan diluluskan bagi 2021-Mac 2024 belum dilaksanakan - Tengku Zafrul
Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Tengku Zafrul.
!['Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor 'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734337154_tbAmirudinShari.jpg)
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
![UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734255751_mashup.jpg)
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.