KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang bermula esok hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman (MoU) bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media bersama hari ini berkata Kementerian Pertahanan akan memeterai kontrak dan MoU bernilai RM6 bilion, manakala RM2.1 bilion lagi membabitkan kontrak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Kita akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian pada Rabu dan memang ada beberapa kontrak dan perjanjian yang telah dikenal pasti. Bagi Kementerian Pertahanan lebih kurang RM6 bilion," kata Mohamed Khaled selepas meninjau persiapan terakhir pameran itu bersama Saifuddin Nasution di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
"Bagi pihak KDN pula lebih kurang RM2.1 bilion melibatkan 14 (kontrak) kesemuanya," kata Saifuddin Nasution.
Pada DSA dan NATSEC Asia edisi ke-17 dua tahun lepas, Kementerian Pertahanan memeterai 54 kontrak dan MoU bernilai RM4.6 bilion, manakala KDN menandatangani satu MoU dan lapan kontrak bernilai RM2.596 bilion.
Mohamed Khaled berkata seramai 400 orang kenamaan dan pegawai peringkat tinggi dari 50 negara dan wilayah termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua-ketua angkatan tentera dijangka hadir pada DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18 itu.
"Menteri yang akan hadir antaranya dari Brunei, Singapura dan Zimbabwe. Ada juga timbalan Menteri dari Indonesia, Thailand dan Slovakia. Ketua angkatan tentera antaranya dari Emiriah Arab Bersatu dan Qatar," katanya.
Menurut Mohamed Khaled, pameran kali ini bakal menampilkan tiga pavilion baharu iaitu DSA and NATSEC Asia Lab, Segmen Angkatan Masa Hadapan dan Pavilion Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), Dron dan Robotik.
"DSA dan NATSEC Asia Lab merupakan platform yang memberi peluang kepada perusahaan kecil serta syarikat pemula (startups) untuk mempromosikan inovasi mereka. Selain pavilion biasa, ini adalah beberapa perkara yang kami percaya mengikuti trend masa depan," katanya.
Segmen Angkatan Masa Hadapan pula memberi peluang kepada pempamer untuk menunjukkan alatan serta keperluan Future Forces sejajar dengan perkembangan teknologi dan peperangan moden, manakala Pavilion UAV, Dron dan Robotik memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk mempamer keupayaan, kecekapan dan reka cipta teknologi dron, kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam sektor pertahanan dan keselamatan.
Mohamed Khaled berkata secara keseluruhannya, DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, menyaksikan penyertaan 1,324 syarikat daripada 60 negara sebagai pempamer, manakala 34 negara turut membuka pavilion masing-masing.
"Kita dapat lihat terdapat peningkatan dan kemajuan berbanding kali terakhir kita buat pada 2022," katanya sambil menambah segala persiapan disempurnakan dengan baik dan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Mohamed Khaled bercakap pada sidang media selepas meninjau persiapan bagi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di MITEC hari ini. - Foto Bernama

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.

DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.

DSA, NATSEC Asia 2024 perkukuh diplomasi pertahanan, elak konflik
DSA dan NATSEC Asia telah memainkan peranan yang penting dalam memupuk diplomasi pertahanan antara negara serantau.

Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia
Pengeluar dan penyedia penyelesaian helikopter, Airbus Helicopters menyasarkan untuk menerima 40 tempahan baharu dari rantau APAC tahun ini, termasuk jangkaan sehingga enam tempahan dari Malaysia.

Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri 2030 - penyelidik pertahanan
Kajian sedang dibangunkan pihaknya membabitkan pelbagai aspek teknikal termasuk reka bentuk dan keupayaan enjin yang akan digunakan pesawat tempur tersebut.

Jangan hanyut dengan emosi hingga gadai kedaulatan negara - Hishammuddin
Kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamatan negara berada di tempat tertinggi dan berharap rakyat juga tidak akan berkompromi dalam hal itu.

Zahid lancar ujian saringan psikometrik bagi pengambilan anggota baharu polis
Ujian tersebut adalah kaedah yang akan digunakan dalam menyaring pengambilan baharu bagi jawatan konstabel, sarjan dan inspektor.

Kerjasama ASEAN jamin keselamatan serantau
Kerajaan sentiasa menekankan pentingnya kerjasama serantau khususnya ASEAN serta rangkaian hubungan diplomatik yang menjangkau seluruh dunia.