KOTA KINABALU: Kontraktor Bumiputera disaran memanfaatkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan perniagaan dan bersaing memperluaskan perniagaan dengan menceburi pasaran terbuka tanpa bergantung semata-mata kepada projek kerajaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kontraktor Bumiputera perlu mengikut peredaran masa dan perlu berubah sekiranya mahu perniagaan lebih maju dan mapan.
"Kini para kontraktor boleh menggunakan media sosial untuk mempromosikan syarikat masing-masing dan tidak hanya menunggu projek daripada kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Pemasaran Digital, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata kerajaan amat komited bagi memastikan jaringan perniagaan kontraktor Bumiputera terus kekal mampan dan berdaya saing dalam pasaran melalui pendedahan kepada asas dan teknik pemasaran berkesan melalui media baharu.
"Kementerian melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sentiasa bersedia dan berusaha untuk membantu usahawan dengan mewujudkan pelbagai program dan jalinan kerjasama agar pembangunan usahawan dapat diperkukuhkan lagi di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
"PKK tidak hanya bertanggungjawab dalam penyediaan kursus-kursus untuk meningkatkan kompetensi kontraktor Bumiputera sahaja, bahkan turut berperanan dalam penarafan syarikat Bumiputera bagi perolehan kerja kerajaan," katanya.
Beliau berkata PKK juga berusaha membentuk jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan agar kontraktor Bumiputera ini tidak terpinggir ekoran cabaran arus ekonomi yang semakin pesat membangun pada masa kini.
Sementara itu, Ewon, berkata kementerian juga sememangnya komited dalam membantu dan mengalakan penglibatan syarikat kontraktor Bumiputera dalam projek-projek yang dibangunkan kerajaan.
Katanya, sehingga bulan lepas, sebanyak 128,528 syarikat pelbagai gred telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dengan 65,404 merupakan kontraktor Bumiputera gred tetinggi, G1.
"Jumlah pendaftaran bagi gred G1 yang dilihat tinggi berbanding lain (Gred2-7) telah membuktikan usaha kerajaan dalam meningkatkan penglibatan generasi muda dalam industri pembinaan telah disahut sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Ewon berkata kementerian juga sememangnya komited dalam membantu dan mengalakan penglibatan syarikat kontraktor Bumiputera dalam projek-projek yang dibangunkan kerajaan. - Gambar Astro AWANI

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Kontraktor Bumiputera disaran manfaat platform digital - Ewon
Ewon berkata kontraktor Bumiputera perlu mengikut peredaran masa dan perlu berubah sekiranya mahu perniagaan lebih maju dan mapan.