SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Digital menyerahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, siasatan pada ketika ini menjurus kepada beberapa aspek termasuk lesen untuk penggambaran dan pengeluaran filem tersebut.
Pada masa sama katanya, Fahmi juga telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menghantar laporan kepada SKMM dengan segera untuk diteliti.
"Saya difahamkan beberapa aspek sedang diteliti dan disiasat pihak Finas, ini melibatkan lesen untuk penggambaran dan pengeluaran.
"Sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas majlis pengagihan Peranti Siswa dan perasmian MyDigital.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini pada Ahad.
Sejak minggu lalu, filem Mentega Terbang arahan sutradara muda, Khairil Anwar, tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.
Filem terbitan syarikat Meng Kheng Entertainment yang ditayangkan pada 19 Januari menerusi aplikasi penstriman dalam talian menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman netizen terhadapnya.
Justeru pelbagai pihak tampil membuat laporan yang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 05 2023

Fahmi (kiri) beramah mesra bersama pelajar di kaunter pengambilan peranti siswa ketika hadir ke Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan merasmikan MyDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.

Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.

Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.

Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.

Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.