KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat isu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, yang didakwa melemparkan kata-kata kasar terhadap pegawai Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dijadual bersidang secepat mungkin.
"Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua-dua pihak.
"Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri untuk pertimbangan selanjutnya," katanya dalam kenyataan tersebut pada Ahad.
Jelas Mohd Zuki, jawatankuasa itu akan turut dianggota oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid (Ketua Audit Negara); serta Tan Sri Azam Baki
(Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Mohd Zuki menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu tersebut.
Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, mengesahkan kejadian yang tular membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dengan seorang pegawai imigresen di KLIA.
Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan menafikan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang Pegawai Kanan Imigresen di KLIA, dan
memandang serius perkara itu serta menegaskan segala pertuduhan terhadap KPPA itu adalah tidak berasas.
Hasimi Muhamad
Sun Aug 07 2022

Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dijadual bersidang secepat mungkin. - Gambar fail

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.

Kontroversi KPPA: Jawatankuasa ditubuh, bersidang secepat mungkin - KSN
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu tersebut.