IPOH: Konvensyen Pakatan Harapan (PH) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), di sini pada 29 Okt ini, kata Pengerusi PH Perak Datuk Seri Mujahid Yusof.
Beliau berkata konvensyen sehari itu dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta, termasuk beberapa pemimpin utama PH termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Lima perkara utama bakal diumumkan menerusi konvensyen berkenaan iaitu calon Perdana Menteri dari PH, pembahagian kerusi antara parti komponen PH di seluruh negara, manifesto pilihan raya, lagu tema serta maskot yang akan digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya pada sidang media di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) di sini hari ini.
Beliau berkata sempena konvensyen itu, PH turut menganjurkan Jelajah PH di empat kawasan parlimen di negeri ini iaitu Parit Buntar, Lumut, Tambun dan Tapah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022

Mujahid berkata, konvensyen sehari itu dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta, termasuk beberapa pemimpin utama PH termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 29 Okt ini
Konvensyen Pakatan Harapan (PH) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), di sini pada 29 Okt ini, kata Pengerusi PH Perak Datuk Seri Mujahid Yusof.