KUCHING: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka menjelajah 12 Bahagian di negeri ini akan membuka tirai sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka tahun ini bermula Mei hingga Ogos ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata konvoi kembara tersebut akan menjadi acara utama antara sembilan program berskala besar diatur sempena sambutan perayaan bertemakan 'Sarawak Maju Makmur'.
Beliau berkata Konvoi Kembara Sarawak Merdeka akan bermulai di Limbang pada 28 Mei dan berakhir di Kuching pada 22 Julai ini.
"Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah bersetuju untuk mengikuti (konvoi kembara) peringkat kedua bermula 10 Jun dari Miri ke Bintulu sama ada menggunakan motosikal atau kereta," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata acara kedua ialah Pameran Digital 60 Tahun Sarawak yang akan diadakan di seluruh bahagian dan menjelajah bersama konvoi kembara tersebut bermula dari 28 Mei sehingga 22 Julai depan, selain Majlis Kesyukuran Perdana di masjid dan rumah ibadat di seluruh negeri pada 21 Julai.
Abdul Karim berkata acara kemuncak sambutan tahun ini ialah perhimpunan dan perarakan raksaksa di Padang Merdeka, di sini, pada 22 Julai bermula jam 8.30 pagi, disusuli majlis penyampaian pingat peringatan kepada individu yang telah berjuang kepada pembangunan Sarawak sepanjang enam dekad kemerdekaannya.
Katanya, pada sebelah malam hari yang sama, satu majlis Jamuan Negeri sempena sambutan itu akan diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, selain Konsert Rakyat dan persembahan bunga api di Padang Merdeka di sini bermula jam 8 malam.
Menurutnya, sambutan itu akan turut diserikan dengan perarakan kapal berhias di Tebingan Kuching pada 29 Julai, selain persembahan 'Street Parade' diadakan di bandar raya ini pada 5 Ogos, Sibu (12 Ogos) dan Miri pada 19 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka akan bermulai di Limbang pada 28 Mei dan berakhir di Kuching pada 22 Julai ini. - Gambar fail/Bernama
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Papan tanda 'Tidak Pada Dadah' dicadang antara syarat konsert permit konsert
Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad 'Tidak Pada Dadah' diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Jamal Abdillah tampil mantap, memukau peminat dalam konsertnya
Kemunculan legenda pop tanah air, Jamal Abdillah pada konsert "Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura" membawa aura tersendiri.

Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.

Bukan sekadar konsert, 'Here I Am' refleksi perjalanan seni Rossa
"Here I Am." Frasa ringkas tetapi penuh makna bagi Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa yang memilih ungkapan itu sebagai tajuk konsert terbesarnya pada 14 Jun depan.

Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat
Tomok dan Nana memberi persembahan cukup bertenaga untuk menghiburkan peminat masing-masing dalam Konsert Tomok dan Siti Nordiana: Memori Mungkin berulang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.

Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.

'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.

Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.