NILAI: Konvoi sekumpulan penunggang motosikal bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas berlanggar sesama sendiri di Kilometer 27.6 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara di sini pada Sabtu.
Kejadian jam 2.30 pagi itu melibatkan enam motosikal yang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kajang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Mat Ghani Lateh berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, salah seorang daripada kumpulan motosikal tersebut dipercayai telah terbabas.
"Pada masa sama, lima motosikal lain yang berada di belakang telah memperlahankan kenderaan namun tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran sesama mereka.
"Akibat kemalangan tersebut, seorang penunggang perempuan berusia 22 tahun mengalami cedera parah pada bahagian kepala telah meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, lima penunggang lain mengalami cedera ringan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk mendapatkan rawatan.
Ujarnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Hannan Ibrahim di talian 06-7904404," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 02 2024

Motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 27.6 Lebuhraya Kajang-Seremban arah utara pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.

Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.

Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi terbabas ketika konvoi di Thailand
Mohd Sofi Ismail dan isteri, Zaimima Ismail, masing-masing berusia 43 tahun, meninggal dunia di lokasi jam 9 pagi waktu tempatan.

Pelajar maut, 9 rakan cedera kemalangan babit 10 motosikal
Seorang pelajar maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sepuluh motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, tengah malam tadi.

Konvoi motosikal cari dana RM2 juta bina masjid
Muhamad Khalil berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan masjid dianggar berjumlah RM4 juta dan sebahagian RM2 juta telah berjaya dikumpul.

Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Konvoi motosikal bertukar tragedi, seorang maut
Menurut polis, kejadian melibatkan enam motosikal yang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kajang.

Jangan ambil mudah risiko kemalangan di Thailand
Keseronokan rakyat Malaysia bercuti dengan kenderaan sendiri di Thailand boleh bertukar tragedi jika tidak memahami undang-undang serta peraturan jalan raya di negara gajah putih itu.

Beto Kusyairi syukur selamat, mohon doakan seorang lagi mangsa nahas
Beto meluahkan rasa syukur apabila terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.