DOHA: Juara dua kali Korea Selatan amat menghormati Malaysia menjelang perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini esok.
Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann telah memberi amaran kepada anak buahnya untuk bersedia menghadapi perlawanan sukar dengan Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang mempunyai maklumat menyeluruh tentang pemain Korea Selatan.
Legenda Jerman itu juga tidak menolak kemungkinan Taeguk Warriors perlu menghasilkan satu lagi aksi kebangkitan pada perlawanan esok sama seperti bagaimana mereka terpaksa melakukan kebangkitan lewat untuk seri 2-2 dengan Jordan sebelum ini.
Korea Selatan yang menghuni tangga ke-23 dunia perlu mendapatkan tiga mata berdepan Harimau Malaya di ranking ke-130 untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir selaku juara kumpulan.
"Kami bersedia untuk perlawanan sukar esok. Malaysia pasukan yang bagus dan menghormati mereka...kami melihat mereka bermain dan kami melakukan kerja rumah.
"Seperti anda semua melihat, perlawanan dengan Jordan adalah sukar..jadi kami sudah bersedia dan tidak sabar untuk perlawanan esok," kata anggota pasukan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 itu pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Mengulas prestasi Malaysia dalam kempen kali ini, Klinsmann yang turut membantu Jerman memenangi Kejohanan Eropah buat kali ketiga pada 1996 sebagai pemain, berkata anak buah Pan Gon menunjukkan peningkatan besar dalam perlawanan menentang Bahrain berbanding kekalahan 0-4 kepada Jordan pada perlawanan pembukaan.
Beliau turut bersimpati dengan kekalahan malang Malaysia kepada Bahrain pada saat-saat akhir peralwanan.
Walaupun beliau percaya Malaysia mungkin mempunyai kelebihan sedikit kerana kefahaman Pan Gon mengenai hampir semua pemain Korea Selatan, beliau tidak menjangkakan ia akan memberi kesan terhadap tumpuan pasukannya untuk meraih tiga mata.
"Pan Gon mengenali pemain saya dengan baik kerana dia warga Korea Selatan dan mengikuti perkembangan setiap pemain dalam skuad kebangsaan. Bagaimanapun, kami perlu melakukan tugas kami," katanya.
"Kami perlu mendekati dengan cara yang betul, hormati lawan tetapi bermain bersungguh-sungguh dan mengekalkan aksi dengan tempo tinggi...harap ini dapat menghasilkan tiga mata penuh," katanya.
Sementara itu, penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo, berkata Pan Gon telah membawa banyak perubahan positif kepada pasukan Malaysia tetapi tumpuan mereka lebih kepada persediaan untuk perlawanan esok.
"Saya tidak pernah bermain di bawah kepimpinan Pan Gon. Saya hanya kenali beliau sebagai jurulatih yang membawa perubahan drastik kepada bola sepak Malaysia. Sebagai pemain, saya akan memberikan usaha 100 peratus untuk memperoleh mata penuh, "kata pemain kelab Ulsan HD bersusia 32 tahun itu.
Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.
Korea Selatan kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E Piala Asia dengan empat mata, sama seperti Jordan yang mendahului kumpulan dengan perbezaan gol yang lebih baik, manakala Bahrain berada di tempat ketiga (tiga mata) dan Malaysia tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024

Ketua jurulatih Korea Selatan memberi amaran kepada anak buahnya untuk bersedia menghadapi perlawanan sukar dengan Harimau Malaya. - AP

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.