Korea Selatan melahirkan minat untuk membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dicadangkan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Beliau berkata minat Korea Selatan itu disampaikan kepadanya oleh Timbalan Menteri Pengangkutan republik tersebut, Yeo Hyung Koo, semasa mesyuarat dua hala yang berlangsung di luar Mesyuarat Peringkat Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-9 di Cebu, Filipina, baru-baru ini.
"Semasa mesyuarat dua hala itu, saya menyampaikan maklumat terkini mengenai prospek dan peluang yang ada berhubung projek berkenaan kepada Yeo.
"Saya juga memberitahunya mengenai beberapa projek berkaitan kereta api lain seperti penyambungan laluan Transit Aliran Ringan dan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Lembah Klang (KVMRT) yang masing-masing telah bermula dan dijangka siap pada 2016 dan 2017," katanya kepada Bernama dalam temu bual melalui telefon.
Selain daripada itu, Abdul Aziz berkata KVMRT atau KVMRT Laluan 1 dan 2 merupakan infrastruktur terbesar yang dilaksanakan di Malaysia.
Seperti pendekatan rasmi, beliau meminta rakan sejawatnya dari Korea Selatan itu menghantar surat rasmi kepada kerajaan berhubung minat mereka untuk menyertai projek HSR.
"Menurut timbalan menterinya, Yeo, Korea Selatan juga berminat bekerjasama dan berkongsi kepakaran HSR dengan kerajaan Malaysia serta berhasrat bekerjasama dalam pemindahan teknologi untuk projek pengangkutan itu," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata Korea Selatan bersedia berkongsi kepintaran mereka mengenai usaha sistem pengangkutan bagi mengurangkan kesesakan di Malaysia.
Abdul Aziz berkata Yeo juga menjemput Malaysia untuk menyertai Kongres Pengangkutan Dunia yang akan berlangsung di Korea Selatan pada Mei 2016.
Semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura 2013 di Singapura, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawat Singapura, Lee Hsien Loong, bersetuju untuk membina laluan HSR antara Kuala Lumpur dan republik itu.
Bersandarkan stesen terakhir di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur dan Jurong East, Singapura, projek HSR disifatkan sebagai 'game changer' atau pemangkin perubahan oleh kedua-dua pemimpin itu, akan membolehkan penduduk menikmati perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dalam tempoh 90 minit.
Ia dijangka meningkatkan kesalinghubungan secara ketara antara dua negara dan membawa pertumbuhan kukuh, kemakmuran dan peluang era baharu untuk kedua-dua negara.
Projek itu akan meningkatkan pautan perniagaan dan mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua negara.
Bernama
Sun Oct 18 2015

AZIZ: KVMRT atau KVMRT Laluan 1 dan 2 merupakan infrastruktur terbesar yang dilaksanakan di Malaysia. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelan Induk Perkapalan Malaysia bakal dimuktamad hujung tahun ini
Pelan Induk Perkapalan Malaysia yang dirangka bagi merancak industri perkapalan negara bakal dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Tambang ERL: Kerajaan akan bertemu SPAD untuk kaji semula caj
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata kenaikan caj tambang ERL itu terjadi setelah 14 tahun kerajaan menolak kelulusannya.

Korea Selatan minat bida projek landasan HSR KL-Singapura - Aziz Kaprawi
Korea Selatan melahirkan minat untuk membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dicadangkan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

400 parameter data kotak hitam helikopter perlu dianalisis
Sejumlah 400 parameter rakaman data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih masih perlu dianalisis.

Kadar baharu tambang bas masih dalam perbincangan - Aziz
Kementerian Pengangkutan masih dalam perbincangan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung kadar tambang bas.

Ujian air kencing ke atas pemandu bas ekspres secara rawak sahaja - Aziz
Pemeriksaan air kencing ke atas pemandu bas ekspres oleh JPJ setiap hari di terminal bas adalah secara rawak sahaja, kata Aziz.

Hishammuddin beri jaminan tiada lagi penundaan tarikh operasi klia2
Sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu.