PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa koroner yang mendengar inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Suraya Othman berkata koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.
Beliau berkata mahkamah juga mendapati tiada merit dalam hujah peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili Thomas, bahawa kuasa Majistret untuk menghukum adalah terhad kepada penghinaan di hadapan mahkamah semata-mata kerana perkataan yang digunakan dalam peruntukan.
"Dalam Perenggan 26 Jadual Ketiga Akta Mahkamah Rendah 1948, perkataan 'kuasa untuk mengambil tahu mana-mana penghinaan mahkamah' digunakan untuk menggariskan hukuman bagi perkara-perkara penghinaan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
"Ambiga berhujah bahawa perkataan itu bermakna Mahkamah Majistret hanya mempunyai kuasa untuk menangani penghinaan mahkamah di hadapan mahkamah dan bukan di luar mahkamah. Kes yang dipetik oleh Ambiga tidak terpakai di Malaysia di bawah Seksyen 3 (1) Akta Undang-undang Sivil 1956.
"Oleh itu, kami mendapati tiada merit dalam rayuan ini, justeru, kami menolak rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung sama ada Mahkamah Koroner mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding komital," kata hakim itu yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hashim Hamzah.
Keputusan yang disampaikan dalam prosiding secara maya hari ini disertai Ambiga dan Zainur Zakaria yang mewakili Thomas manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi pihak bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.
Selepas keputusan itu disampaikan, Zainur berkata mereka telah diarahkan supaya merayu ke Mahkamah Persekutuan dan kemudian memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan prosiding rayuan lain oleh Mohd Kassim, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.
Mohamed Haniff Khatri berkata mereka akan mengemukakan bantahan di Mahkamah Persekutuan, mengenai sama ada Thomas boleh merayu ke mahkamah tertinggi itu.
Beliau berkata ini kerana rayuan Thomas sebenarnya bertentangan dengan keputusan Mahkamah Koroner, yang berada di peringkat bawah Mahkamah Tinggi.
Hakim Suraya membenarkan permohonan menangguhkan rayuan Mohd Kassim dan menambah bahawa ini kerana rayuan ke Mahkamah Persekutuan melibatkan perkara penting dalam bidang kuasa mahkamah rendah untuk mendengar prosiding penghinaan.
Dua lagi rayuan dikemukakan Mohd Kassim termasuk rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan koroner yang memberinya kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas.
Dalam permohonannya, Mohd Kassim mendakwa Thomas telah menghina mahkamah melalui afidavit yang difailkan oleh AGC pada 3 April 2019, berhubung punca kematian anaknya.
Muhammad Adib, yang ketika meninggal dunia berusia 24 tahun, merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, pada 27 Nov 2018.
Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Kes saman Waytha Moorthy terhadap Lokman Adam berhubung kematian Adib, selesai
Peguam yang mewakili Waytha Moorthy, Annou Xavier berkata terma perintah persetujuan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.

Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.

Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb
Panel hakim memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara tersebut.

Pakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat.

Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM
Mesyuarat Kabinet memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangan tutup siasatan kes Muhammad Adib walau sementara - PPMM
PPMM terkejut dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara.

Kes Adib: Tommy Thomas tidak patut menyeleweng fakta - MACSA & PPMM
MACSA dan PPMM desak Kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.

Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.