JAKARTA: Jumlah kerugian akibat kebakaran sebuah kubah besar Masjid Raya di Pusat Islam, Jakarta Utara pada Rabu lalu dianggarkan lebih 10 bilion rupiah (RM3.03 juta).
Bagaimanapun, Ketua Pusat Pengkajian dan Pengembangan Islam di pusat itu, Muhammad Subki menyatakan pihaknya belum mengetahui nilai kerugian itu secara tepatnya, lapor Republika.
Beliau berkata, anggaran pembaikan kubah itu sahaja melibatkan belanja lebih 5 bilion rupiah (RM1.05 juta).
Beliau mengulas tentang kebakaran kubah masjid tersebut yang berlaku pada jam 3.15 petang waktu tempatan pada Rabu lalu.
Dalam kejadian itu, kubah tersebut kemudian runtuh selepas terbakar.
Namun, ketika kejadian, tidak ada seorang pun jemaah yang berada di dalam masjid tersebut kerana kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan menyebabkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Lebih lapan buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran itu.
Sementara itu, Ketua polis tempatan, Komisioner Slamet Wibisono Yanto menjelaskan, para penyiasat percaya kebakaran itu berpunca daripada percikan api semasa proses pengubahsuaian bumbung masjid dilakukan.
Beliau menjelaskan bahawa para pekerja cuba memadamkan api demgan menggunakan alat pemadam api tetapi ia cepat merebak dan membakar kubah sehingga runtuh. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Fri Oct 21 2022

Gambar fail menunjukkan sebuah kubah terbakar di Masjid Raya, Pusat Islam, Jakarta Utara pada Rabu. - Foto ANTARA/Sinar Harian

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.