KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan kos bagi membaiki kerosakan di 29 buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Jumaat lepas akan mencecah RM3 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, angka itu hanya anggaran awal dan mungkin akan berubah selepas pihaknya mendapat laporan kerosakan lebih terperinci daripada kontraktor yang dilantik.
Selain sekolah, kerajaan juga menganggarkan kos lebih RM1 juta bagi membaiki kerosakan di bangunan milik Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri yang turut rosak akibat ribut pada minggu lepas.
Menurutnya, dalam ribut sama, lima kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) turut terjejas namun dibaiki sendiri menggunakan peruntukan JKR, tidak melibatkan penambahan kos.
"Untuk Kementerian Pertahanan, kita diberitahu ada lima unit kuarters terlibat, anggaran RM500,000 untuk kos kerja-kerja pembaikan.
"Bagi Kementerian Luar Negeri, ia melibatkan bangunan Kedutaan Palestin, ada pokok hempap bangunan itu. Kita sudah menerima laporan daripada pihak berkaitan.
"JKR sudah panggil kontraktor untuk laksanakan kerja pembersihan dan menjalankan kerja-kerja pembaikan elektrik. Anggaran kos lebih RM600,000," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Setapak di sini pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sekolah Kebangsaan Setapak merupakan antara sekolah yang terjejas akibat ribut melanda beberapa lokasi di Lembah Klang pada Jumaat lepas.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sebanyak 36 sekolah terjejas akibat ribut yang melanda ibu kota dan sekitar Selangor.
Menurut KPM, kerosakan membabitkan 27 sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan sekolah di Selangor.
Dalam pada itu, ketika ditanya bilakah kerja pembaikan di sekolah akan bermula, Nanta berkata sebaiknya ia dimulakan secepat mungkin.
"Kerja pembaikan sekolah sepatutnya dibuat secepat mungkin.
"Terpulang kepada KPM, sama ada minta JKR laksanakam atau mereka juga boleh lantik kontraktor mereka sendiri," ujarnya.
Ridauddin Daud
Mon May 22 2023

Nanta ditemui sewaktu melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Setapak di ibu negara pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta
Kerajaan menganggarkan kos bagi membaiki kerosakan di 29 buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Jumaat lepas mencecah RM3 juta.