SHAH ALAM: Individu bujang dan berkeluarga memperuntukkan antara RM200 hingga RM2,500 sebulan untuk perbelanjaan makan di restoran dengan mengambil kira kenaikan harga barang basah ketika ini.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.
Bagi individu bujang yang bekerja di sektor swasta, Muhamad Amirul Adha Sabri, 24, berkata, dia yang tinggal sendirian di Shah Alam berbelanja sehingga RM420 sebulan untuk makan di luar.
“Saya hadkan sehari tak lebih RM15 untuk beli nasi dan lauk. Jadi belanja sebulan dalam RM420.
“Kosnya lebih kurang sama saja kalau beli ayam, telur, minyak atau beras dan lain-lain untuk masak di rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Seorang pekerja swasta, Salsabila Syarulnizam, 24, berkata, dia pula berbelanja antara RM200 hingga RM450 sebulan bagi tujuan sama.
Jelasnya, perbelanjaan bertambah pada hari bekerja untuk membeli sarapan dan makan malam selain membuat pesanan makanan secara dalam talian ketika cuti hujung minggu.
Sementara itu, seorang suri rumah, Nurmizan Afiffah Mohamad Amin, 29, berkata, dia bersama suami dan seorang anak memilih untuk makan di kedai pada setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM700 sebulan.
“Selalunya pada hari bekerja, kami pergi kedai yang dekat sahaja selepas waktu Maghrib supaya boleh balik awal dan suami tidak terlalu letih lepas kerja.
“Pada hujung minggu pula, baru kami makan di restoran yang jauh sikit dari rumah,” ujarnya.
Menurut seorang pekerja swasta juga ibu kepada dua orang anak, A’ina Mardhiyah Mohammad, 31, keluarganya akan makan di kedai atau bungkus lauk pada setiap hari dengan purata belanja RM 1,500 sebulan.
“Kalau di Johor Bahru, beli sarapan RM10 untuk nasi lemak dan kuih. Makan tengah hari dalam RM20 di kedai dekat dengan pejabat sebab sini kawasan tumpuan warga Singapura.
“Sebab tak ada masa untuk memasak, saya rasa lebih mudah bungkus lauk,” ulasnya yang mempunyai dua anak berumur empat dan satu tahun.
Seorang pesara kerajaan, Kamariah Abdul Manap, 59, memberitahu, makan di kedai adalah lebih menguntungkan dengan berbagai pilihan menu.
"Saya tinggal bersama suami, dua anak, menantu dan seorang cucu. Jadi masing-masing ada cita rasa berbeza.
“Perbelanjaan secara kasar makan di kedai untuk sebulan dalam RM2,200 tapi bukan setiap hari kerana saya akan masak pada hujung minggu,” jelasnya.
Bagi seorang guru sekolah rendah, Rosmaya Abdullah, 56, dia memilih untuk membeli lauk di kantin sekolah kerana jadual kerja tidak menentu
“Jadi saya akan bawa pulang lauk-pauk dan hanya masak nasi di rumah. Sebulan belanja dalam RM2,500 untuk lapan ahli keluarga” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 24 2023
Gambar hiasan. Gambar kecil: Salsabila, Muhamad Amirul Adha, A'ina Mardhiyah, Nurmizan Afiffah, Rosmaya. - Foto Sinar Harian
Trump mahu Gaza: Rakyat AS akan bangkit menentang - Penganalisis
Profesor Hubungan Antarabangsa UNISZA dan Felo Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh berkata rakyat Amerika Syarikat dijangka akan bangkit dan mengadakan demonstrasi terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Gaza. Bekas tahanan Israel pada tahun 2018 itu menjelaskan bantahan itu susulan keputusan berkenaan jelas merugikan negara berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel. Jelasnya, mekanisme ini merupakan satu prinsip yang telah diiktiraf diperingkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #DialogTigaPenjuru
OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.
Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.
RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.
Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).
Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan
Mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.