PENDANG: Kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia hanya akan diumumkan kerajaan selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada April ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan kos, namun belum dapat menjangkakan jumlah peratusan kenaikan kos berkenaan.
"Tidak semestinya naik dan tidak semestinya turun, kita akan lihat dan semak dari semasa ke semasa. Struktur kos RM7,800 yang dimaklumkan sebelum ini adalah kos lama berdasarkan Kumpulan Kerja Bersama Kesembilan pada September 2013 dalam MoU yang telah tamat pada 2016.
"MoU pekerja domestik Indonesia yang baharu dijadualkan akan ditandatangani oleh kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia di Jakarta pada awal April ini. Jadi struktur kos pengambilan domestik Indonesia akan diumumkan selepas MoU ini ditandatangani," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek Hospital Pendang, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah Ibrahim Ahmad dan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.
Sementara itu, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata Hospital Pendang yang terletak di Kampung Banggol Pauh, di sini sudah disiapkan kira-kira 95 peratus.
Katanya, hospital yang mula dibina pada 2018 itu akan memberi kemudahan kepada lebih 100,000 penduduk di daerah ini dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan lebih baik dan selesa.
"Pandemik yang berlaku memberi kesan kepada sektor pembinaan, namun saya percaya ia dapat disiapkan dalam beberapa bulan lagi dan akan mula beroperasi selepas peralatan dan mesin perubatan dari luar negara dibawa masuk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan kos, namun belum dapat menjangkakan jumlah peratusan kenaikan kos berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kurangnya jaringan keselamatan sosial sebabkan eksploitasi buruh di Thailand, Malaysia, Singapura - Laporan ILO
Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik migran menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura.

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar
Malaysia dan Indonesia akan mengkaji semula kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) dan menetapkan kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia diumumkan selepas MoU - Awang
Kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia hanya akan diumumkan kerajaan selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada April ini.

Koronavirus: Enam kes baharu disahkan di Singapura, empat jangkitan tempatan
Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, walaupun empat daripada kes ini merupakan kluster jangkitan tempatan, namun tiada bukti penularan dalam masyarakat di negara itu.

Malaysia, Kemboja perlu cari jalan penyelesaian isu pembantu rumah - MAMA
Akhbar Cambodia Daily mendakwa Malaysia menolak 90 peratus daripada peruntukan yang dicadangkan untuk melindungi hak-hak pekerja Kemboja.